Sunday 3 December 2017

Harian Metro MTB Challenge 2017 @Sungai Buaya - 2 December 2017

Harian Metro MTB Challenge @Sungai Buaya merupakan circuit yang terakhir untuk tahun ini selepas Bukit Merah Lake Town Perak dan Kerteh Terengganu. Ini merupakan penyertaan yang julung kali untuk tahun ini untuk event mountain bike. Sepanjang tahun ini hanya menyertai acara larian serta road bike. Jika dahulu, event Harian Metro ini merupakan acara jamboree favorite untuk disertai. Penyertaan pertama di Harian Metro MTB Challenge adalah di Harian Metro MTB Grand Prix 2013 di Putrajaya. Ini merupakan detik pertama serta penganjuran yang pertama oleh pihak Harian Metro.

Namun penyertaan kali ini tidak seramai seperti circuit yang lepas. Penyertaan hanya seramai lebih kurang 650 peserta sahaja. Mungkin faktor cuti sekolah dan terdapat event mtb yang lain menyebabkan kurang penyertaan. Diharapkan event ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan circuit ditambah.


Wakil Prima Riders yang berkayuh hari ini....bermain lumpur.. trek basah dan berselut....

Ceria di starting line...flag off pada pukul 8 pagi...

Otai...Jack Baling.... datang dari Kedah semata-mata untuk berkayuh di sini...

Cuaca hari ini mendung di awal pagi dan panas semasa tengahari....


Peserta di starting line....di hadapan Sekolah Bandar Baru Sungai Buaya....


Sticker Check-In.... bersiap sedia...


Banyak climbing di awal kayuhan...laluan licin dan berlumpur....terdapat juga peserta yang terjatuh semasa menuruni downhill....


Dulu kawasan ini kami panggil sebagai puncak Bukit Akasia....kerana terdapat banyak pokok akasia di sini....laluan di sini pun sudah banyak berubah, tidak seperti dulu lagi...

Climbing pacak.....downhill pun mantap....tapi laluan licin kena lebih berhati-hati....

Sampai jua akhirnya....jarak kayuhan sejauh 37km...terasa letih disebabkan sudah lama tidak berkayuh....terasa gayat jugak semasa menuruni downhill...

Alhamdullilah...ada juga medal mtb untuk tahun ini....

Trek mantap....next time boleh repeat balik....kalau trek kering lagi best, boleh layan downhill...

No comments:

Post a Comment