Sunday 4 February 2018

Solo Ride BB-Empangan KKB - 4 February 2018

Dah lama rasanya tak berkayuh basikal, tahun ini baru nak mula kayuh semula. Kayuhan kali ini sebagai latihan untuk Powerman pada bulan hadapan. Kayuhan santai solo dari Bukit Beruntung ke Empangan Kuala Kubu Baru. Tiupan angin pada kali ini memang meletihkan, mula-mula melawan angin di Jalan BB-Rasa dan seterusnya semasa mendaki ke Empangan KKB.


Empangan KKB...pit stop terakhir....planning hendak berkayuh sampai ke GAP Fraser namun disebabkan kesuntukan masa terpaksa berpatah balik....

Macam biasa...pit stop di jambatan persimpangan jalan Rasa ke KKB.... awal lagi cuaca dah panas...

Jentera tua yang sudah lama berkhidmat....

Masih di awal pagi....kenderaan pun tak banyak yang lalu-lalang....

Nak snap gambar keretapi terlepas pulak....laju sangat sampai tak sempat nak keluarkan handphone...

Persimpangan jalan menuju ke Gerachi Jaya....kawasan perkampungan Orang Asli Gerachi Jaya tempat KLMBH Hash dulu....climbing pacak tarmac di laluan ini...kalau kaki kuat boleh test climbing dekat sini...

Menuju ke Empangan KKB....terserempak dengan beberapa pengayuh yang ingin ke Fraser Hill....


Letih melawan angin.....kalau tiup dari belakang kan lagi best...ini bertiup dari depan, itu yang tak larat tuu...

Sampai jua akhirnya....setelah melawan angin...

Alhamdullilah....takungan air penuh di empangan....berkat hujan yang sentiasa turun sejak kebelakangan ini...

Rehat 15 minit dulu sebelum berkayuh pulang....

Tali terjun buggy... kalau berani boleh cuba...tapi kalau tengok dari cable dawai yang ada memang aku tak berani.....

Sayup jea tengok Sungai Pertak....


Pernah jugak tengok video dekat FB...ada jugak orang yang terjun....memang hati kering...

Cukup lah untuk jarak permulaan...setelah lama berehat dari dunia kayuhan....


No comments:

Post a Comment