Sunday 13 May 2018

Solo Run @E9 Perodua - 13 May 2018

Larian solo sebelum bermulanya bulan Ramadhan pada tahun ini di Jalan E9 Perodua. Laluan yang selalu digunakan untuk ke tempat kerja namun kali ini cuba untuk berlari. Cuaca pada pagi ini sungguh mendung serta nyaman, ini disebabkan hujan yang turun sepanjang malam menyebabkan cuaca sejuk pada sebelah pagi. Walaupun bermula lewat namun cuaca mendung begini memang sesuai untuk melakukan aktiviti luar.


Bermula lewat namun cuaca cukup dingin serta mendung....sesuai untuk berlari....

Laluan lenggang....tidak banyak kenderaan seperti hari biasa.....

Selfie dulu.....tak perlu nak rushing sangat.....

Di hadapan warehouse store TNB...katanya antara store TNB paling besar di semenanjung.... di kawasan ini agak berhati-hati kerana terdapat banyak anjing liar yang berkeliaran...takut dikejarnya pulak....

Climbing tarmac.....tak panas tak teruk sangat nak lari....

Kilang besi dan concrete cement di sini....pagi-pagi banyak lori trailer yang penuh dengan muatan parking di bahu jalan....agak merbahaya melaluinya kerana pernah berlaku kemalangan maut di sini akibat lori yang sesuka hati meletakkan kenderaan di tepi jalan....

Laluan masuk ke UMW Aerospace....kilang yang baru di buka untuk pemasangan engin kapal terbang Boeing...kawasan ini dikatakan akan menjadi Hub Aerospace di Malaysia selain KLIA dan Subang....

Kawasan berbukit yang telah diratakan untuk pembinaan "monsoon drain" di kawasan ini....

Laluan menuju ke Perodua.... laluan lenggang disebabkan cuti hujung minggu, jikalau tidak kawasan ini kerap digunakan oleh trailer carrier yang mengangkut kenderaan untuk diedarkan kepada pengguna... 

Kawasan parking kenderaan Perodua...kereta yang telah siap diletakkan di sini sebelum dihantar kepada pelanggan....

Jambatan yang menghubungkan di antara kawasan parking kenderaan di kawasan tempat letak kenderaan di Perodua...

National Emission Test Center..... pusat penyelidikan yang baru dibina di kawasan ini....

Masih tak pasti apa fungsi testing center ini....mungkin untuk menguji kecekapan engine kenderaan yang dihasilkan....

Container Yard Perodua.....penuh dengan CKD part dari luar negara....disimpan di sini sebelum dipasangkan pada kenderaan....

Mileage tidak jauh hari ini....hanya 8Km jea....cukup lah untuk kali ini....lepas raya kita lari lagi...

No comments:

Post a Comment