Sunday 22 July 2018

PKNS Trail Run 2018 - 21 July 2018

Kali terakhir berkunjung di sini pada tahun 2014 yang lalu semasa Bernam Jaya MTB Jamboree yang menyaksikan kenangan pahit kehilangan GPS yang digunakan sejak sekian lama semasa berkayuh. Boleh rujuk di sini PKNS Bernam Jaya MTB Jamboree 2014. Namun kali ini hanya menyertai larian trail 10Km sahaja walaupun terdapat kategori 21Km. Ini disebabkan pada pagi Ahad nanti akan berlari di Dataran Merdeka pula untuk Score Run. Takut terbarai pula disebabkan dah pulun lari di Bernam Jaya.

Penganjuran kali ini telah menyediakan 2 acara berbeza pada hari yang berbeza. Pada hari Sabtu disediakan acara trail run manakala pada hari Ahad disediakan acara Duathlon (offroad) dengan laluan offroad yang agak sama pada hari sebelumnya.


Dah lama rasanya tak berlari dalam trail....last pun bulan March masa Petzl Trial Night Run...

Laluan menuju ke tapak event.....kawasan perumahan yang baru dibuka dan masih lagi dalam pembinaan oleh pihak PKNS...


Peserta 21Km dilepaskan dahulu....


Bersiap sedia di garisan permulaan...tidak ramai yang menyertai acara kali ini...boleh dikatakan tidak sampai 400 orang

Ada juga gambar time berlari....

Larian bermula pada pukul 7.45 pagi....

Laluan terowong di bawah PLUS Highway...

Laluan yang sama seperti dulu tapi berbasikal...kali ini berlari pulak...


Berbaki lagi 1Km sebelum menuju ke finishing line....berada di atas Gerbang Bernam Jaya....kawasan ini lah tempat event basikal sebelum ini....merindui untuk berkayuh di sini walaupun tidak banyak perubahan dalam tempoh 4 tahun yang lalu....

Alhamdullilah...selamat sampai...

Peserta yang sudah mula tiba....semakin lama semakin ramai....


Kalau tak silap...peserta kedua yang sampai di garisan penamat bagi acara 21km....


Tidak menunggu lama....kerana banyak urusan keluarga yang perlu diselesaikan.....

Melihat runner yang menuju ke garisan penamat....

Koleksi medal yang seterusnya.....balik cepat nak berehat...esok nak berlari lagi di Score Run....

Jarak hanya 10km jea....tak larat nak ambil 21km....takut pewaii time Score Run pagi esok....

No comments:

Post a Comment