Saturday 17 November 2018

Serendah Eco Run 2018 - 17 November 2018

Serendah Eco-Run 2018 telah berlangsung di Telaga Tujuh Serendah dengan 2 kategori dipertandingkan iaitu 14Km dan 7Km. Acara ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.  Disebabkan jarak acara yang berhampiran dengan rumah dan ramai rakan-rakan yang menyertainya serta yuran penyertaan yang murah berbanding dengan acara larian yang lain, maka tidak berlenggah untuk mendaftar.

Flag off kategori 14Km pada pukul 8.15 pagi manakala kategori 7Km dilepaskan 10 minit selepasnya. Laluan tarmac dipermulaan larian sejauh lebih kurang 3km dan melalui kawasan offroad selepasnya. Trail yang menarik serta terdapat air terjun yang cantik serta sejuk di kawasan ini. Banyak pendakian panjang yang memenatkan namun kepuasan apabila sampai di puncak.


Ramai rakan-rakan kali ini....tapi semua nie semuanya champ-champ....berdesup-desup kat dalam trail....

Sebelum flag off...berposing gambar dulu....

Banyak gerai yang dibuka...pelbagai makanan serta minuman dan juga pakaian dijual di sini...meriah dengan pelbagai gerai yang dibuka...

Flag off lewat....matahari pun dah mula menyinarkan cahaya....


Peserta mula berkumpul di garisan permulaan....

Gimik untuk flag off.....berkayak sambil membawa penukul gong untuk diserahkan kepada YB Parlimen bagi mengetuk gong untuk flag off....

Peserta 14Km bersiap sedia....

Memasuki laluan offroad.....setelah 3km berlari di tarmac....

Menuju ke kaki Bukit Manggis....pendakian panjang di kawasan nie...

Single trail yang menarik.....suasana alam yang menyegarkan sambil kedengaran bunyi unggas....

Selfie dulu......ambil nafas dulu....lepas nie layan turun downhill pulak...

Laluan tarmac sejauh 4km menuju ke garisan penamat.... melalui kawasan perumahan Taman Melor...

Mental jugak kat tarmac nie......

Sampai di garisan penamat dengan selamat.....alhamdullilah, tanpa sebarang kecederaan....

Santai dengan champ ultra.....

Man Badang....dah lama tak berlari bersama....

Mat Mir..... kaki gunung yang berpengalaman....habis semua gunung ditawannya...

Bergambar dulu.....

Bergambar bersama geng basikal yang telah menceburi bidang larian...."Rider Karat Kellys"....

Medal trail run seterusnya pada tahun nie....

Trail sejauh 14Km.... single trail memang awesome.....

Tinggi jugak bukit nie....sebab tuu macam letih jea....

No comments:

Post a Comment