Sunday 7 April 2019

Bukit Beruntung Loop - 6 April 2019

Minggu ini kayuhan road mengelilingi Bukit Beruntung bermula daripada Kedai Ajis Bukit Beruntung-Rasa-Simpang SIRIM-Pekan KKB-Ampang Pecah-Batang Kali-Antara Gapi-Serendah-Sg.Choh-Masjid Perodua-Taman Ros dan balik semula ke Bukit Beruntung. Kayuhan sejauh 65km bersama Anas tetapi bertemu dengan Basri dan Man Gapi dipersimpangan jalan SIRIM-KKB. Basri dan Man serta rakan lain dari Antara Gapi bercadang untuk ke Tanjung Malim, namun akhirnya Basri berpatah balik mengikut kami untuk balik semula ke Antara Gapi.

Kayuhan santai sambil melayan suasana pagi, maklumlah sudah lama tidak berkayuh. Lagi pun kayuhan kali ini sempena untuk merasmikan basikal baru Basri. Lepas ni ada geng nak ajak kayuh road.

Bertemu dengan geng Antara Gapi di persimpangan SIRIM-KKB yang ingin berkayuh ke Tanjung Malim.....tak larat nak follow geng kuat-kuat nie.....

Fuuuhhhh...warna merciikk....warna diraja....

Bergambar sambil plan nak kayuh mana apabila Basri tak jadi follow Man Gapi ke Tanjung Malim....

Pewaiii katanya....first time kayuh RB walaupun dulu merupakan pengayuh tegar road....bak kata perpatah...seperti Sirih Pulang Ke Gagang....

Laluan menuju ke Antara Gapi setelah melayan climbing di Pep-Jv...



Beri laluan kepada basikal baru....bau kedai lagi...

Lepak sarapan di Antara Gapi sebelum kayuhan pulang semula ke Bukit Beruntung....ada lagi 20km nak kayuh balik....

Cukup sekadar hari nie....baru nak mula kayuh balik....nanti boleh sambung kayuh lagi....

No comments:

Post a Comment