Sunday 28 July 2019

Score Day Run 2019 - 28 July 2019

Score Day Run 2019 merupakan gabungan antara Score Night Run yang telah berlangsung pada bulan April yang lepas. Jika dulu Score Night Run diadakan di Putrajaya, maka kali ini berlangsung di hadapan Berjaya Times Square. Lokasi asal larian sebenarnya di perkarangan Stadium Bukit Jalil tetapi telah dipindahkan ke sini disebabkan oleh perlawanan akhir Piala FA antara Perak dan Kedah.

Walau bagaimana pun penganjuran acara larian bukan pertama kali di hadapan Berjaya Times Square namun ini merupakan penyertaan pertama di sini. Jika dulu larian Smart Tunnel juga bermula di sini. Agak sukar untuk mencari parking kenderaan di sini pada waktu pagi kerana kebanyakan shopping complex telah ditutup. Walaubagaimana pun pihak penganjur ada menyediakan perkhidmatan LRT & MRT secara percuma, namun hanya pada stesen tertentu sahaja. Mengambil keputusan untuk pergi dengan pengangkutan awam sahaja kerana lebih mudah.


Acara Half Marathon yang ke-3 untuk tahun nie....setelah Twincity dan Score Night Run....

Berjaya juga untuk menyertai event Score Run pada tahun nie....medal yang boleh dilekatkan bersama Score Night Run...

Menaiki LRT dari Ampang menuju ke Berjaya Times Square....sampai di sini pada pukul 3.45 pagi...parking kenderaan di parking bertingkat LRT Ampang....banyak tempat parking di sini...

Train yang sedang menunggu para peserta....

Duduk tak sampai 5 minit....train pun mula bergerak...hanya runner jea yang ada...train pun tak penuh...mungkin masih awal lagi...

First time menaiki train LRT laluan Ampang nie... disebabkan hanya 2 stesen LRT sahaja yang dibuka pada pagi nie...maka cepat sampai di Stesen Hang Tuah...

Sampai di Stesen LRT Hang Tuah....tak sampai 20 minit dah sampai...keluar dari stesen dan menuju ke BTS...ramai peserta sudah sampai dan berkumpul di starting line....

Berjalan kaki menuju ke Berjaya Times Square....

Bangunan Berjaya Times Square di waktu dingin pagi....tetapi jalan di Bukit Bintang nie masih lagi sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang....

Pembangunan yang pesat di sekitar Kuala Lumpur...dengan pembinaan landasan keretapi MRT yang baru serta bangunan pencakar langit yang lain....

Stesen Monorail Hang Tuah....di hadapan Berjaya Times Square....

Peserta mula berkuimpul di hadapan Berjaya Times Square.....larian HM dilepaskan tepat jam 5 pagi...seramai lebih kurang 5 ribu peserta yang menyertainya....

Berjaya juga menghabiskan larian pada kali ini....walaupun rasanya agak perit akibat kurangnya latihan....

Ramai peserta telah sampai....matahari pun dah mula meninggi....

Medal kenangan untuk tahun nie....

Peserta HM beratur untuk mengambil finisher t-shirt...

Ramai peserta telah bergerak untuk balik.....tak lama lagi jalan di depan Berjaya Times Square akan dibuka semula.... menuju ke Stesen LRT Hang Tuah untuk balik....mata dah mengantuk...nak balik tidur...

Koleksi medal yang seterusnya.... 

Timimg masa ke laut....ini lah sebabnya kalau kurang latihan....nasib baik tak DNF....

Larian di sekitar KL....laluan landai dan hanya mendaki di kawasan Bukit Aman serta Padang Merbok menuju ke PWTC.... jumpa lagi di Score Run tahun hadapan...In Sya Allah...

No comments:

Post a Comment