Monday 9 September 2019

Daulat Tuanku Ride @Fraser Hill - 9 September 2019

Sempena cuti public holiday Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, kayuhan ke puncak Fraser Hill bersama Basri bagi tujuan persediaan untuk Repsol Fellowship Ride pada hujung minggu ini. Kayuhan bermula lewat iaitu pada pukul 9 pagi di Pekan KKB menuju ke puncak. Tidak ramai pengayuh pada hari nie, disepanjang kayuhan ke puncak hanya berjumpa dengan 2 pengayuh sahaja manakala yang turun hanya 6 orang sahaja. Sunyi sepi disepanjang kayuhan, hanya ramai yang berkonvoi bermotosikal sahaja.

Bersantai di puncak sambil makan tengahari di medan selera dan bersolat zohor di Masjid Sultan Mahmud Fraser Hill. Cuaca mendung serta berjerebu dan hujan renyai-renyai turun semasa turun dari puncak. Tidak bernasib baik apabila terjatuh dari basikal semasa melalui laluan berselekoh dalam keadaan jalan raya yang licin. Mengalami luka di lutut kanan, lenggan kiri serta tapak tangan kanan. Status Repsol Fellowship Ride bergantung kepada sejauh mana recovery...jika masih belum sembuh...pasti repsol hanya tinggal kenangan...

Kayuhan kali ke-2 untuk tahun ini ke puncak....namun kali ini agak berbeza...dah lama rasanya tidak jatuh basikal....kali pertama jatuh basikal di Fraser pada tahun 2008 iaitu semasa baru mula-mula berjinak-jinak dengan basikal mtb...

Bersama Basri.....latihan untuk repsol minggu nie... hari nie terpaksa pakai cermin  mata biasa sebab contact lens dah habis...nasib baik hari tak berapa panas...

Masih bersama dengan jentera lama.....masih tak terfikir untuk tukar basikal baru...guna apa yang ada jea...

Berehat seketika di kawasan parking Air Terjun Semangkok....tak ada orang pun...yang hanya ada penunggang motorsikal jea...

Sampai di Gap Fraser....

Bergambar di signage baru....dulu naik tak ada lagi...

Layan tengok geng-geng YSuku berkonvoi...next time naik Fraser pakai YSuku pulak...senang tak letih..pulas jea...

Climbing 8Km menuju ke puncak....kat sini rasa macam dah tak bertenaga sangat...perut terasa sangat lapar....

Menggunaakan segala kudrat yang masih ada...

Nasib baik Basri ada bawa snickers...makan coklat dulu kasi perut kenyang...dah kenyang baru boleh kayuh balik...

Dah lama tak bergambar kat batu nie...kalau dulu memang akan bergambar di sini sebelum sampai ke puncak...1Km lagi...laluan tak berapa teruk sangat...landai dan sedikit menurun...

Sampai akhirnya.....alhamdullilah....

Suasana tenang di atas puncak....nyaman dan sejuk...

Kalau dah sampai di puncak...tak bergambar dekat jam tak sah....sampai agak lewat....jam menunjukan pukul 1.30 tengahari...

2 minggu lagi plan nak naik Fraser Hill lagi sambil join event RCT Fellowship Ride pulak...

Tak ada pengayuh pun hari nie....banyak konvoi motor jea...

Parking penuh depan Puncak Inn....

Lepas ambil gambar terus ke medan selera....perut dah lapar...

Lepas makan....solat zohor dulu sebelum turun...

Masa turun...terbabas dekat selekoh....lutut bahu lenggan kena sagat dekat jalan tar....basikal bengkok dekat lever shiffter sebelah kanan...dan calar-calar sikit dekat break...dugaan...dah lama tak jatuh...bila dah jatuh terus rasa nak demam...baki 15km lagi terpaksa kayuh perlahan-lahan dalam hujan lebat sehingga ke KKB....

Dugaan kali ini....lepas ini kena lebih berwaspada....first time jatuh roadbike sepanjang main RB nie....pengajaran...jangan bawa laju-laju bila hujan...jalan licin

Cukup lah bekalan untuk Repsol minggu nie....ini pun bergantung kepada condition tangan jugak...kalau ok, kayuh...kalau tak ok...duduk rumah jea...

No comments:

Post a Comment