Sunday 31 May 2020

PKPB Ride @Lembah Beringin - 31 May 2020

Kayuhan musim PKPB dari Antara Gapi menuju ke Lembah Beringin. Nak ke warung misteri Tanjung Malim kena rentas negeri pulak, roadblock dekat area Kelumpang menanti mereka yang ingin mencuba. Lagi pun tak pernah lagi berkayuh sehingga ke Lembah Beringin. Kalau dulu pernah jugak berkayuh MTB di sini, itu pun kalau tak silap tahun 2012. Dah lama tak menjejakkan kaki di sini. Kawasan masih tetap sama, masih banyak lagi rumah-rumah yang tidak siap terbengkalai oleh pemaju. Tak ramai penduduk di sini walaupun terdapat sebuah padang golf disini.

Laluan  simpang dari jalan utama di Kerling menuju ke Lembah Beringin lebih kurang 13km dengan suasana jalan yang dikelilingi hutan belukar serta sunyi. Tidak banyak perubahan di kawasan ini. Walaupun sunyi dari hiruk pikuk kenderaan, kawasan ini jugak terdapat Kolej Yayasan UEM yang terletak berhampiran dengan Lembah Beringin Golf Club.

Bergambar di Plaza Tol Lembah Beringin.... hanya berdua sahaja dengan Basri....

Di awal pagi...dipersimpangan KKB menuju ke Kerling....cuaca masih redup lagi...

Pewaiiii..kayuhan kali ini...maklumlah dah 2 bulan tak berkayuh....macam nak putus nyawa dibuatnya...


Warung Mee Udang Lembah Beringin....terkenal jugak warung nie...tapi tak buka pulak....

Bersarapan pagi di gerai berhadapan dengan warung mee udang....alas perut dulu sebelum meneruskan kayuhan pulang...

Padang Golf Lembah Beringin....terjaga kawasan nie....nampak cantik permandangan di sini...

Tapi tak nampak pun ada orang main golf....yang ada hanya pekerja yang sedang memotong rumput sahaja...

Menuju ke Plaza Tol Lembah Beringin....sunyi jea laluan ini tidak meriah seperti plaza tol yang lain...

Lenggang....tiada kenderaan..... 

Boleh baring atas jalan nie....sepanjang 20 minit lepak di sini..tiada satu kenderaan pun yang lalu-lalang....

Bergambar dulu sebelum balik....bukan selalu datang di sini...tapi selepas ini kena repeat balik sebab nak makan mee udang...


Tak tahu lah berapa kutipan tol kat sini dalam sehari.....memang sunyi...lain dari tol di tempat lain...kalau malam tentu seram dekat sini...
 
Samapi di 7-Eleven Antara Gapi... on the way balik....hujan lebat dekat area Batang Kali....mandi hujan lagi kali ini...

Jarak lebih kurang 75km pergi balik dari Antara Gapi....cukup permulaan untuk kali ini....lepas ini cari mileage keras sikit untuk bakar lemak PKP ini yang membuatkan badan semakin bulat....

Next time repeat lagi....

No comments:

Post a Comment