Saturday 20 February 2021

PKP 2.0 @Bukit Beruntung-Dam KKB - 20 February 2021

Kayuhan dari Bukit Beruntung ke Empangan Kuala Kubu Bahru dalam suasana angin bertiup kencang. Pagi ini angin bertiup agak kuat menyebabkan kayuhan menjadi sedikit perlahan serta memerlukan tenaga yang lebih semasa melawan rintangan angin. Tiupan angin semasa menuju ke puncak empangan KKB memang cukup memeritkan. Ramai juga rakan kayuhan yang berkayuh pada pagi ini. Jarak kayuhan radius 10km telah dihapuskan tetapi masih lagi perlu di dalam kawasan daerah sahaja tanpa merentas sempadan. Harap-harap selepas ini boleh lah rentas negeri semula.


Sudah lama tidak berkayuh disini...walaupun terdapat road block di pekan KKB namun diberikan kebenaran untuk berkayuh kerana masih lagi di dalam daerah Hulu Selangor....yang penting penjarakan sosial serta SOP perlulah dijaga....

Letih setelah melawan tiupan angin semasa menyusuri laluan "dragon back" Jalan Bukit Beruntung-Rasa....tiupan angin kencang yang agak dingin disebabkan masih awal pagi lagi namun tetap menyeksakan terutama semasa mendaki....semasa menurun pun basikal agak sukar untuk dikawal...

Jentera lama...tapi masih berjasa...

Port pit stop....persimpangan Jalan Rasa Sirim-KKB...lepak rehat sini dulu sambil tunggu keretapi lalu....tapi tak lalu pun....

Meneruskan semula kayuhan ke empangan....sebelum tuu carbo loading dulu dekat gerai bawah pokok KKB...berhadapan dengan stadium KKB....angin kuat hari ini, banyak tenaga diperlukan untuk kayuhan...

Sampai di Empangan KKB....angin bertiup kencang di sini....

Sebelum turun...bergambar dulu....penjarakan sosial masih lagi dipatuhi.... "KitaJagaKita"....

Kapasiti maximum tadahan air di Empangan KKB.....alhamdullilah...hujan yang kerap turun memastikan paras air di empangan ini sentiasa berada di dalam tahap maximum...

Kayuhan balik melalui jalan belakang E9 Perodua....cuaca semakin panas ketika ini...dan terasa perit sinaran matahari...

Panas sangat...berhenti tepi jalan dulu untuk beli air tebu....brother jual air tebu ini memang dah lama meniaga di sini...kalau dulu selalu gunakan jalan ini untuk pergi dan balik kerja....memang terbaik, ada goreng pisang panas lagi...

Cukup lah untuk minggu nie...yang penting kayuh...minggu depan plan nak pegi warung misteri pulak...dah lama tak makan nasi kerabu....warung misteri masih lagi dalam daerah Hulu Selangor walaupun pun bersempadan dengan Tanjung Malim....

Puncak paling tinggi di Dam KKB....memang mencanak naik semasa mendaki....dengan tiupan angin kencang menambahkan lagi perit untuk sampai di puncak...

Laluan Avian telah dibuka semula...tiada lagi batu penghalang lagi...ini menyebabkan laluan ini menjadi sibuk semula....maka laluan ini bukan lagi menjadi pilihan... tapi nanti kalau teringin nak climbing boleh jea kayuh dekat sini...

No comments:

Post a Comment