Saturday, 6 March 2021

PKPB Offroad Ride @Widuri Trail Full Loop - 6 March 2021

Jika minggu lepas melakukan proses pembersihan di trail Widuri, pada minggu nie pula berkayuh full loop di sini. Bermula di laluan masuk tasik Widuri, menyusuri tasik Widuri sejauh lebih kurang 3km dan seterusnya keluar di perumahan Widuri dan seterusnya masuk semula ke trail Bukit Widuri. Lebih kurang 15 orang pengayuh pada pagi ini, namun hanya 9 orang meneruskan kayuhan ke Bukit Widuri.

Kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi di Restoran Ajis menuju ke Widuri. Cuaca cerah pada pagi ini dan memang sesuai untuk berkayuh.

Kayuhan 2 minggu berturut-turut di trail Widuri sambil menyusuri Tasik Widuri dan seterusnya Bukit Widuri....

Berkumpul di Restoran Ajis sambil menunggu rakan-rakan yang lain sampai....bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum kayuhan...

Berkayuh road sejauh 2km menuju ke Widuri....sebelum masuk semula ke dalam trail....

Tiada aktiviti di tasik pada pagi ini disebabkan oleh PKPB...semua aktiviti diberhentikan untuk sementara waktu...

Suasana tenang dan mendamaikan di sekitar tasik....

Memasuki laluan offroad sambil melayan single trail menyusuri tasik....memang cantik serta menarik di laluan ini...

Layan single trail....mantap

Seronok layan single trail di sini....laluan yang dibersihkan minggu lepas masih bersemak dan semak mula tumbuh semula...

Layan....mandi peluh jugak....letih jugak mendaki di sini...

Take five dulu....ambil nafas dulu...

Tasik Widuri...meriah jika di waktu petang....ramai yang datang beriadah di sini...restoran makan pun ada....boleh minum petang

Cukup mendamaikan....

Memasuki laluan trail Bukit Widuri... kawasan lapang berbukit batu kapur...

Relax dulu...lepas ini nak layan climbing pulak...

Single trail di Bukit Widuri pun menarik jugak untuk dilayan...

Jefri @David...basikal problem pulak....RD tertanggal pulak...screw tercabut...nasib baik jumpa balik...ikat pakai allen key dan kayuhan bermula semula...

Kerja keras....proses pembaikan berjalan lancar....

Kayuhan dimulakan semula....dah nak tengahari....

Kayuhan balik ke Bukit Sentosa melalui trail Widuri ke Trompet...trail yang telah dijumpai semula....best layan downhill di laluan ini...lebih kurang 2km....tapi hati-hati, terdapat laluan yang berbahaya disebabkan oleh alur air serta lopak lubang air...

Next time layan lagi trail ini....nanti kalau dah lama tak masuk akan bersemak samun semula....trail ini perlu di"maintain"kan agar dapat dilalui....nanti tak pasal-pasal kena bersihkan semula...

No comments:

Post a comment