Monday 4 February 2013

Kayuh @FRIM - 3 February 2013

Minggu ini kayuhan berduet bersama Afitz di Forest Research Institue Malaysia (FRIM) di Kepong. Disebabkan ramai rakan-rakan yang tidak berkelapangan maka hanya berdua sahaja lah kali ini. Macam biasa, parking di Hospital Kusta dan tayar bergolek pada pukul 8.30 pagi. Ramai riders yang berkayuh di FRIM pada hari ini, suasana meriah kerana dapat berkenalan sesama rakan.

Di awal kayuhan, cuaca redup dan dingin memang sesuai untuk kayuhan pada kali ini. Keadaan trek yang kering terutama di Dream Trail memang seronok untuk dilayan. Walaupun agak kecewa disebabkan laluan Aromatica Trail masih belum diperbaiki disebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan tebing sungai.


Berduet bersama Afitz....

Bayar tol dulu....


Ramai riders hari ini....

Lepak dulu sebelum layan Tongkat Ali Trail @ Steroid...



Tanah runtuh di laluan Aromatica Trail....

Macam biasa.... lepak sarapan dulu...nasi dagang


Menuju Dream Trail.... singletrek teknikal yang menarik...



Bergambar dulu sebelum masuk Dream Trail....

Tak boleh kayuh...kita tolak jea....




Aaahhh......lega, take 5 dulu...

Alamak....signboard "Mountain Bike" nie dah tumbang

No comments:

Post a Comment