Monday 18 February 2013

Trek Interchange Sg.Buaya - 17 February 2013

Minggu ini kayuhan bersama Sungai Buaya Cycling Club (SBCC) di laluan Interchange Sungai Buaya yang masih lagi di dalam pembinaan. Serama lebih kurang 18 orang pengayuh menyahut cabaran pada kali ini. Tujuan utama kayuhan kali ini adalah untuk mendaki bukit pencawang bersebelahan dengan highway PLUS. Kayuhan di pencawang ini memang telah dirancang sejak tahun lepas lagi dan hanya kali ini segala perancangan tercapai. Selepas ini mungkin akan ada lagi kayuhan di laluan ini untuk merasai downhill yang mengujakan....


Bergambar di Plaza Tol Sungai Buaya yang masih dalam pembinaan....

Laluan masuk ke kawasan pembinaan....

Laluan berlumpur dan lecah disebabkan hujan lebat yang turun...



Bukit yang akan di daki sambil menolak...


Highway PLUS....


Pendakian bermula....


Woow... tinggi sangat... tolak jea laa...ini kalau downhill memang best...

Menuju puncak....




Sampai jugak di puncak....


Downhill turun dan menuju ke Bukit Terbakar....






No comments:

Post a Comment