Thursday 15 January 2015

RMB Batam Outer Ring 3rd Edition 2015 - 11 January 2015

Batam Outer Ring 2015 (BOR3) merupakan penganjuran edisi ketiga pada tahun ini. Seramai lebih kurang 400 orang pengayuh yang terdiri dari Malaysia, Singapura, Pulau Karimun dan juga pengayuh disekitar Pulau Batam. Bermula di Pondok Gurih, kami berkumpul seawal jam 6.15pagi kerana kayuhan akan bermula pada pukul 7 pagi. Sebelum itu, pendaftaran dilakuan dengan mengambil plate number serta bersarapan pagi.

Laluan yang akan dilalui adalah Pondok Gurih-Nongsa-Kabil-Punggur-Bumi Perkemahan-Tg.Piayu-Jahanam Hill-Barelang-Batu Aji-Marina-Waterfront City-Tg.Riau-Tiban-Tg.Uma-Batu Ampar-Bengkong-Batam Center. Jarak kayuhan sejauh 120km dengan laluan offfroad (30%) dan juga onroad (70%).

Laluan trek yang disediakan memang cukup-cukup mencabar jiwa dan mental terutama dikawasan pendakian "Bukit Jahanam". Memang jahaman, Bukit Jahanam ini. Terseksa di sini dan kawasan ini merupakan kawasan paling tinggi disepanjang laluan. Dapat melihat pemandangan Jambatan Barelang dari atas puncak serta kepulauan lain yang mengelilingi Pulau Batam.


Event di luar Malaysia pada tahun ini....

Bersiap sedia di pintu masuk hadapan Kompleks Haji Batam....

Sampai di kawasan parking Pondok Gurih, Batam...sudah ramai riders sampai...

Rider terdiri daripada Singapore, Malaysia dan Indonesia....

Pihak penganjur sibuk menguruskan para peserta yang baru sampai....

Sarapan pagi disediakan untuk rider dengan jamuan kuih-muih serta air teh o panas...

Rider semakin ramai yang sampai...memenuhi ruang parking kereta....

Proses pendaftaran untuk plate number....

Peserta dilepaskan pada pukul 7.20pagi waktu Indonesia dan 8.20pagi waktu Malaysia... 

Jarak laluan ketika ini, 25km. Laluan road dan offroad serta banyak pendakian di laluan tarmac...

Laluan offroad dipersisir pantai serta melalui kawasan perkampung di tepi laut....

Pendakian yang pendek tetapi banyak....agak meletihkan ketika ini....

Jarak kayuhan telah mencecah 48km....tetapi sebelum sampai dikawasan ini, terpaksa melalui laluan tarmac roller coster yang memenatkan....kawasan tasik tadahan air Pulau Batam....di Pulau Batam terdapat 5 buah tasik tadahan air yang digunakan oleh penduduk pulau....

Woow...Fairuz masih lagi boleh tersenyum ketika ini....

Bergambar dulu....sungguh mendamaikan dengan tiupan angin ketika ini....

Berhenti seketika di gerai tepi jalan untuk membeli air tin serta roti disebabkan terlalu lapar kerana banyak tenaga telah digunakan....kayuhan masih berbaki separuh lagi...

Kenderaan bermotor memang banyak disini....jalan agak sibuk...

Pemandangan dari kaki bukit ke kawasan laut....di kaki bukit sebelum mendaki di "Bukit Jahanam"....

Perkampungan di kawasan berbukit....terdapat sebuah masjid di sini yang terbengkalai dalam pembinaan... 

Sengsara Bukit Jahanam mula dirasai....

Pendakian Bukit Jahanam sudah bermula.....

Pemandangan Jambatan Barelang sayup dihadapan.....Jambatan Barelang merupakan Check Point 1 dan merupakan tempat untuk bersarapan pagi....

Letih mendaki.....menuruni bukit pulak....

Tayar basikal Fairuz terkena paku....terpaksa tukar tiub dulu....sambil-sambil tuu boleh berihat dan melayang pemandangan dari atas bukit....
Jika dilihat daripada profile GPS, puncak ini merupakan puncak tertinggi disepanjang kayuhan dengan jarak kayuhan baru 56km....

Layan lagi tanjakan (bahasa Indonesia).....

Bak kata rakan rider dari Batam....."bukitnya memang lumayan"..... hahaha, memang lumayan sangat....

Layan downhill pulak.....laluan berpasir serta licin...

Sayup mata memandang....

Menuju Jambatan Barelang....untuk sarapan pagi....

Jam telah menunjukkan pukul 11.30pagi....dah tak jadi sarapan dah. Nasib baik penganjur peka dengan situasi rider dengan menyediakan terus makanan tengahari di dalam bekas kotak dan ternyata lauknya memang enak serta lazat. Mungkin disebabkan perut terlalu lapar sehingga semuanya nampak dan rasa sedap.....

Makan tengahari sambil melayan pemandangan disekitar Jambatan Barelang.....tapi ini baru jea separuh dari keseluruhan jarak....another 60km to go!!!! waaaaa.....mahu nagis macam nie....

Sarapan pagi juga masih disediakan iaitu Bubur Kacang Hijau serta air teh o ice....

Peserta mengambil makan yang telah disediakan....

Menikmati makanan tengahari....

Sampai juga di finishing line....

Selesai sudah kayuh 120km di tanah Batam....memang puas tapi memeritkan...

Alhamdullilah.....berjaya menamatkan kayuhan...tiada medal, hanya t-shirt finisher sebagai kenangan...

Profile ketinggian seperti mata gergaji....turun naik...ini mengambarkan bertapa peritnya kayuhan kali ini...hanya mereka yang berkayuh sahaja yang tahu...kepada mereka yang ingin merasainya, tunggu BOR4 pada tahun hadapan...

Route yang menguji kekentalan jiwa seorang pengayuh basikal....

No comments:

Post a Comment