Tuesday 1 March 2016

AmBank Kuala Lumpur Run 2016 - 28 February 2016

Larian yang kedua di Padang Merbok Kuala Lumpur dan juga merupakan tahun kedua menyertai AmBank Kuala Lumpur Run. Jika tahun lalu, event ini merupakan detik permulaan bermulanya aktiviti larian. Rasa cukup berdebar ketika itu, rasa takut dan gemuruh untuk berlari buat pertama kali namun setahun yang berlalu bagaikan sekelip sahaja. Sedar-sedar sudah gelap setahun menyertai acara larian. Kira event kali ini merupakan ulang tahun yang pertama.....


Event larian ketiga untuk tahun ini dan merupakan ulang tahun pertama menyertai acara running....

Solo jea....nasib baik sempat sampai sebelum pelepasan...agak lewat sampai kali ini....

Peserta berbaju merah kali ini....walaupun masih ada yang memakai t-shirt tahun lepas....

Larian bermula tepat jam 7.30 pagi....lebih kurang 3000 orang menyertainya....

Laluan kali ini lebih kurang sama seperti tahun lepas tetapi reverse....lebih banyak climbing dari tahun lalu dan jarak ditambah ke 12km...

Baru 8km....ada lagi 4km yang perlu dihabiskan.....

Stesen Komuter Bank Negara......

 Keletihan ketika ini....penat berkayuh ke Genting Peres semalam masih belum hilang....kaki dah mula sakit....

Lagi 2km sebelum menuju ke garisan penamat....

Alhamdullilah...selamat sampai di garisan penamat walaupun dah ramai peserta yang sudah sampai....

Koleksi medal larian yang seterusnya....

Ramai peserta sudah sampai....

Segera bergerak pulang....macam biasa, tak tunggu pun untuk lucky draw...asalkan dapat berlari dan keluar peluh sudah memadai.....

Rekod peribadi yang tak berapa OK....penangan Genting Peres semalam masih lagi terasa....

Jarak 12km.....laluan di Bukit Tunku memang menarik...banyak pendakian..

No comments:

Post a Comment