Sunday 13 March 2016

Balik Pulau MTB Jamboree 2016 - 12 March 2016

Balik Pulau MTB Jamboree 2016 merupakan acara MTB yang pertama untuk tahun ini. Jika tahun lepas memang sudah mendaftar untuk event ini namun di saat akhir terpaksa menarik diri disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan. Semua sudah sedia maklum, laluan trek di Balik Pulau bukan sebarangan laluan, banyak pendakian di laluan concret di celah-celah kebun buah durian serta kebun buah-buahan.


Event mtb yang pertama untuk tahun ini....

Di parking kereta sebelum bergerak masuk ke dalam Politeknik Balik Pulau....


Masing-masing ceria....sebelum melalui azab pendakian....


Abaikan aksi lucah.....gelagat sebelum memulakan kayuhan....

Flag off tepat jam 8 pagi....laluan tarmac serta offroad berpasir dan pendakian sejauh 15km...

Menuju ke laluan Iron Cross....

Cabaran KOM bermula.....tinggi tak ingat pendakian sehingga ke puncak...ketinggian mencapai 600 meter.... 

Kudrat yang ada diperah sepenuhnya.....pendakian yang agak curam di laluan concrete....

Tak larat tolak jea.....asalkan sampai....

Pendakian yang tak habis-habis....

Separuh cabaran KOM telah selesai.....tapi dah nak separuh nyawa mendaki di sini....

Saing-saing dengan Abun....

Pendakian di Bukit Pala.....

Tak sangka jumpa Iskandar semasa mengharungi cabaran KOM....

Selfie dulu....bukit tak habis-habis....

Bila mahu sampai puncak daaa......peluh dan mencurah-curah keluar....

Pemandangan kawasan Balik Pulau....sampai di puncak bukit, tamat KOM....lepas ini layan downhill concrete pulak....cerun yang curam....penggunaan brake sepenuhnya sehingga berbau hangit disc brake....

Sampai di water station...refill air dulu.....

Pendakian semula bukit kedua....laluan agak berkanopi serta nyaman... 

Sampai di puncak....layan downhill lagi....teruja tapi perlu berhati-hati....terdapat peserta yang kemalangan semasa menuruni laluan ini....berselisih dengan ambulans yang membawa peserta yang cedera turun.....

Pendakian yang terakhir di Bukit Muhibah.....cuaca bertambah panas......kudrat tenaga sudah ditahap maximum....hanya mampu menolak untuk sampai ke puncak....

Fuuuhhh.....letihnya....panas membara...

Hampir sampai ke puncak....

Lepas ini layan downhill lagi.....menuruni dengan berhati-hati kerana laluan di tebing gaung serta terdapat laluan concrete licin serta berpasir..... 

Sampai juga di garisan penamat.....lega rasanya....

Nikmat dapat mandi air bomba.....nyaman serta menyegarkan....

Sesungguhnya, laluan trek di Balik Pulau ini telah mengimbau semula kenangan semasa Kayuh Lasak dahulu....trek memang mencabar dan semua pasti sudah sedia maklum bahawa trek di Balik Pulau sememangnya bukan sebarangan trek tetapi jika dapat menghabiskannya merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga......tunggu lagi di tahun hadapan.....





No comments:

Post a Comment