Sunday 24 July 2016

Double Trouble X-Trail Duathlon 2016 - 24 July 2016

Double Trouble X-trail Duathlon di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson Negeri Sembilan merupakan duathlon off road yang kedua untuk tahun ini selepas Cyberjaya Duathlon. Duathlon yang berkonsepkan off road di mana larian di dalam trail dan berkayuh menggunakan mtb di dalam trail singletrek offroad. Laluan sememangnya mencabar fizikal dan mental kerana memerlukan penggunaan tenaga yang banyak bagi menghabiskannya.

Format duathlon kali ini ialah First Run-5km, MTB Bike-30km dan Second Run-5km. Laluan trail untuk first dan second run adalah sama tetapi berlawan arah untuk larian kedua. Seramai lebih kurang 500 orang menyertainya dan ini bukanlah kali pertama Hutan Simpan Sungai Menyala menjadi tapak event bagi aktiviti sukan lasak. Jika sebelum PD Forest Challenge pernah diadakan pada tahun 2011.

Hujan yang mula turun diawal tengah malam iaitu pada pukul 2 pagi dan berlanjutan sehingga ke pagi memang satu cabaran yang cukup getir untuk setiap peserta. Dengan keadaan trail yang basah dan licin sememangnya menyukarkan untuk menuju ke garisan penamat. Boleh dikatakan sebagai event yang mencabar setakat tahun ini....tahniah kepada semua peserta yang dapat  menghabiskannya...


Event duathlon offroad yang kedua untuk tahun ini selepas Cyberjaya Duathlon....lebih mencabar dari sebelumnya....

Plate Number untuk bike....pengurusan disepanjang acara berjalan dengan lancar dan tersusun...meriah walaupun pun bermandi dengan lumpur....

Bersama Iswardy PKNS dan Iskandar.....

Afitz dan Hamdi....first time masuk acara duathlon....terbaik katanya...

Bersama geng PKNS....


Bergambar sakan dulu sebelum azab menanti di dalam hutan...

Hujan renyai-renyai masih lagi turun semasa flag off dilakukan...hujan telah turun sejak jam 2 pagi....keadaan basah dan licin di dalam trail cukup mencabar untuk semua peserta....

Hutan Simpan Dara...Sungai Menyala.....terdapat banyak pokok-pokok balak yang masih kekal di sini dengan size yang cukup besar dan tinggi...

Peserta kali ini seramai lebih kurang 500 orang....


Di garisan permulaan....hujan masih turun renyai-renyai....

Flag off lewat setengah jam akibat hujan....dilepaskan pada pukul 8 pagi...

Climbing di ladang kelapa sawit...laluan untuk bike course tidak mudah seperti yang disangkakan...

Singletrail yang menguji mental dan fizikal peserta....keadaan laluan yang licin serta basah memang menyukarkan sehingga banyak tenaga diperlukan untuk menghabiskannya...

Meniti di atas pokok kayu di kawasan berpaya....nyaris-nyaris juga tergolek ke dalam selut lumpur...

Muka dah barai.....keletihan...

Tolak jea basikal....tidak boleh berkayuh di laluan ini...

Larian kedua sejauh 5km untuk dihabiskan.....kejap berlari, kejap berjalan...keletihan sangat...

Perrggghh...letihnya...lagi 3km nak habis...minta nyawa dah nie...

Terbaik laluan....berlari di atas jambatan kayu yang licin disebabkan berlumpur....suasana hutan yang cukup mendamaikan....

Akhirnya sampai jua di garisan penamat dengan kepuasan walaupun keletihan...


Medal sebagai tanda kepuasan diri....

No comments:

Post a Comment