Sunday 17 July 2016

Kayuhan Syawal @Bukit Malawati Kuala Selangor - 16 July 2016

Kayuhan pembuka tirai selepas Hari Raya Aidifitri ke Bukit Malawati Kuala Selangor. Setelah selesai berpuasa selama sebulan dan berhari raya maka aktiviti berbasikal bermula sepeti biasa. Kayuhan kali ini bermula di Aeon Anggun Rawang menuju ke Bukit Malawati Kuala Selangor dan berpatah balik melalui Tanjung Karang, menempuhi laluan berbukit di Selangor Fruit Valley dan seterusnya ke Aeon Rawang semula.

Cuaca panas serta terik banyak memberikan tekanan semasa kayuhan, maklumlah sudah sebulan tak berkayuh di bawah terikan mentari serta suasana berangin.

 Sampai di puncak Bukit Malawati lebih kurang pukul 9.45 pagi....

Berdua bersama Iskandar pada pagi ini....yang lain masih sibuk beraya serta open house....

Macam biasa...lepak di penghujung highway Latar di kawasan Ijok....bergambar dulu sebelum meneruskan semula kayuhan...

Terbaik....

Rakan kayuhan lain yang ingin menuju ke Sekinchan.....


Woow...Iskandar bakar meriam besi pulak.....hari raya katanya....

Lepak seketika sebelum menuju pulang....tidak ada rider di atas puncak....sunyi sepi dan hanya terdapat penjaja ice cream sahaja yang berniaga....penggunjung lain pun tiada....mungkin masih awal pagi lagi....

Rumah Api Bukit Malawati Kuala Selangor.....

Selfie dulu.....sebelum turun....

Meriam menghala ke laut Selat Melaka....merupakan bukit pertahanan tentera kerajaan Selangor dari serangan tentera Bugis....  

 Selangor Fruit Valley.....kawasan tanaman buah-buah suatu masa dahulu.....namun tak pasti status keadaan ketika ini.....

Berhenti rehat dahulu....cuaca panas dan terik..... lepak tepi jalan dulu....

Kayuhan sejauh 117km yang meletihkan....


Aeon Anggun Rawang-Kuang-Latar Highway-Ijok-Jalan Saga-Bukit Malawati-Tanjung Karang-Bestari Jaya-Selangor Fruit Valley-Aeon Anggun Rawang.....

No comments:

Post a Comment