Wednesday 7 September 2016

Kayuhan Santai MSA - 4 September 2016

Sudah sekian lama Prima Riders tidak berkumpul dan berkayuh beramai-ramai, kesempatan kali ini digunakan semasa berkayuh di "Kayuhan Santai MSA" yang telah dianjurkan oleh Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa. Kayuhan berbentuk santai sejauh 20km sahaja dan laluan trek "Sentosa Ride" telah diguna semula.

Lebih kurang 80 orang pengayuh disekitar telah menyertainya dan marshall kali ini dari Sentosa Cycling Team. Laluan sedikit berselut dan berlumpur disebabkan oleh cuaca hujan sejak seminggu ini.

Kayuhan santai  offroad anjuran Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa....

Berkumpul diperkarangan Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa....

Flag off pada pukul 8.30 pagi....

Woow....semuanya ceria...maklumlah kayuh santai-santai jea....yang penting enjoy dapat jumpa kawan-kawan...

Kayuhan road sejauh 2km sebelum memasuki laluan offroad Widuri.....


Trek widuri merupakan trek yang selalu digunakan semasa diawal menceburi dalam dunia mtb...single trail yang menarik untuk dilayan...laluan kelapa sawit diawalnya dan seterusnya kebun getah dan hutan...

Rakan-rakan Prima yang selesai mengharungi trek widuri....kurang berlumpur tetapi tangan dan badan bercalar-balar disebabkan dilibas oleh semak samun....






Legend Asrul....kembali semula....tunggukan aksi di Burung Hantu Night Ride nanti....

Water station....melepak dekat sini dulu.....borak-borak sambil tunggu rakan-rakan lain sampai....

Climbing Bukit Lanjut......memang mintak nyawa dibuatnya...



Mie Cha....race dengan lori hantu....

Wak barai.....kena training lagi nie sebelum pergi Bromo.....

Laluan ini memang menarik.....layan downhill celah-celah lalang....

Apa lagi....melepak lagi....maklumlah kayuh santai....memang betul-betul santai....



Siap "open table"....makan nasi lemak dalam ladang sawit....betul-betul enjoy....time dah lapar, nasi lemak ini memang terbaik.....

adduh.....habis bukit ini kena tarah....gondol disebabkan oleh pembangunan....

Panas terik kawasan ini....kalau dulu, redup jea....


Sampai finishing...makan lagi...kali ini nasi ayam pulak....kayuh tak seberapa, tapi makan jea yang kuat....

Terima kasih kepada rakan-rakan kayuhan yang berkayuh disini serta memeriahkan suasana.... 

No comments:

Post a Comment