Saturday 3 September 2016

Run For Unity 2016 - 3 September 2016

Tak tahu macam mana boleh ter"register" event ini sebenarnya, sebab macam tak plan pun. Semasa organizer umumkan yang tarikh ditunda dan boleh refund duit semula kepada mereka yang ingin menarik diri tapi tak tergerak hati pulak nak tarik diri. Malah teruskan jea dengan mengabaikan e-mail yang dihantar. Tapi bila tarikh pengambilan goodies juga ditunda di saat akhir, hati dah mula tak sedap. Sebab event ini dibuat pada hari sabtu dan pengambilan goodies start pada hari Jumaat, memang tak dapatlah ambil pada hari bekerja. Pengambilan goodies pada hari kejadian menyebabkan terpaksa bergerak awal dari rumah seawal jam 4.30 pagi. Sampai di Pusat Rekreasi Air Persint 6 pada pukul 6 pagi terus pergi ambil goodies dan solat subuh pun terpaksa di tepi kereta. Nasib baik sejadah, kain pelikat dan air sudah stand-by siap-siap.

Punya lah nak kejar masa sebab flag off pukul 6.45 pagi, tapi pukul 7.15 pagi baru peserta dilepaskan. Peserta pun macam tak ramai jea, mungkin disebabkan penukaran tarikh menyebabkan ramai yang menarik diri.


Berlari lagi...event ini sepatutnya pada 28 August minggu yang lalu tetapi terpaksa ditunda ke hari ini atas faktor lokasi....

Suasana pagi yang mendamaikan di tepi tasik.....

Gelap....hari hendak hujan....hujan renyai-renyai mula turun sebelum flag off....namun tak jadi hujan....nasib baik, jika tidak bermandi hujan pagi ni...


Tak ada gambar sebelum flag off sebab hujan renyai mulai turun....

Flag off pada pukul 7.15pagi...setengah jam lewat daripada waktu asal....tidak pasti apa puncanya... 

Menuju PICC...hari masih mendung seperti nak hujan...tapi masih belum turun lagi...

Sempat berselfie lagi....baru masuk 4km....ada 6km lagi....

Sampai juga di finishing line....nasib baik tak jadi hujan...lega...

Beratur ambil medal masing-masing....peserta tak berapa ramai kali ini...lebih kurang 1000+ jea....mungkin faktor penundaan tarikh menyebabkan ramai yang menarik diri...

Terima kasih kepada adik marshall yang tolong ambilkan gambar...
 


Mee Hoon goreng lagi.....tak tunggu lama..terus balik....


Hujan renyai-renyai mulai turun balik.....

Nasib baik sempat ambil goodies bag pagi nie....sampai-sampai terus ambil goodies dan solat subuh....kali pertama event berlari ambil goodies bag masa race day...selalunya organizer tak buat...tapi kali ini disebabkan ditunda dan tempat ditukar dan masa untuk mengambil goodies bag pun ditunda sekali...

Persiapan untuk haft marathon semasa Mizuno Wave Night Run nanti di Shah Alam....

No comments:

Post a Comment