Thursday 30 June 2022

Trip Kuala Mu @Kampung Gepeh Hulu - 25 June 2022

Pos Kuala Mu terletak jauh di kawasan pendalaman dengan dikelilingi oleh hutan dan sungai. Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Piah, dan jarak perjalanan lebih kurang satu jam setengah jika datang dari pekan Sungai Siput. Terdapat 4 buah kampung di Kuala Mu iaitu Kampung Bersah, Kampung Toh, Kampung Gepeh dan Kampung Kuala Mu dengan penduduk keseluruhannya lebih kurang 900 orang.

Perkampungan di sini didiami oleh Orang Asli suku Termiar dan kawasan ini mulai dikenali oleh penggunjung luar semenjak tahun 2017. Perkampungan ini terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa yang sememangnya menawarkan pemandangan yang indah serta kejernihan air sungai yang mengalir di sepanjang perkampungan ini. Keindahan kawasan ini telah menjadi daya tarikan orang luar untuk datang ke sini bersama keluarga sambil berkhemah atau menginap di chalet-chalet yang disediakan. Chalet disini berbentuk rumah orang asli dan sememangnya akan dapat merasai bagaimana kehidupan penduduk asli di sini.

Tiga chalet yang terdapat di Pos Kuala Mu adalah Chalet Bersah, Chalet Dusun & Chalet Kampung Gepeh Hulu. 

Suasana petang yang mendamaikan di perkampung orang asli...

Suasana malam...ingatkan nak mandi malam ini...tapi celup kaki dalam air pun dah sejuk, inikan nak mandi....memang mengigil jawapanya....tak ada orang yang mandi pun....semuanya di dalam khemah masing-masing...


Kanak-kanak bermain di tebing sungai...

Masak sarapan pagi.....dapur di beranda hadapan pondok....cuaca baik sekali tanpa hujan yang turun...

Atap dari resam dan kayu pokok hutan....memang sempoi chalet ini....

Dinding pokok-pokok kayu....terdapat plug point bagi setiap chalet....boleh kalau nak charge handphone...memang senang ada punca elektrik ini...semua peralatan boleh digunakan...

Masak nasi goreng...ada nugget dan ayam goreng...

Simple jea.....asalkan sedap...perut pun memang dah lapar...

Ramai pengunjung pada minggu ini....padat di setiap ruang...tapak khemah pun penuh...

Di waktu ini,,, sudah ramai pengunjung yang balik....kami pun bersiap-siap mengemas barang untuk bergerak pulang....sebelum balik, kami sempat singgah di Chalet Bersah dan Air Terjun Lata Penyel di Pos Yum...

No comments:

Post a Comment