Saturday 2 July 2022

Trip Kuala Mu @Chalet Bersah - 26 June 2022

Chalet Bersah merupakan chalet yang pertama ditemui apabila sampai di Kuala Mu. Chalet ini hanya terletak di tepi jalan utama dan mempunyai 14 buah chalet yang berharga di antara RM60 - RM80. Jika dibandingkan dengan Chalet Kampung Gepeh Hulu dan Chalet Dusun, Chalet Bersah lebih cantik dan kemas dari segi pembinaannya. Struktur pondok ini diperbuat daripada buloh, pokok bertam dan serta rotan. Bahan-bahan ini diambil di dalam hutan disekitar kampung. 

Chalet ini mula beroperasi pada April 2018 dengan hanya 2 buah sahaja. Namun ketika ini sejumlah 14 buah chalet telah dibina bagi memenuhi permintaan pengunjung yang datang ke sini. Dikhabarkan jumlah chalet ini akan di tambah lagi pada masa akan datang.  Persekitaran chalet adalah bersih dan tiada sampah-sarap. Difahamkan, chalet ini dibina oleh penduduk kampung di sini tanpa meminta bantuan daripada kerajaan. Hasil pembuatan chalet ini sungguh kemas dan setiap chalet mempunyai tingkap serta beranda. Setiap chalet juga disediakan bekalan elektrik dan terdapat 4 buah tandas disediakan. 

Pengunjung juga boleh berkhemah di sini tetapi peralatan perkhemahan perlulah dibawa sendiri. Tetapi tapak khemah terletak diseberang jalan dan bukannya di tepi sungai. Air Sungai Pelus mengalir deras di sini dan terdapat banyak kawasan yang dalam di kawasan sungai. Digalakkan memakai life jacket semasa mandi di sini. Kepada kanak-kanak pula, perlu permantauan yang lebih oleh ibu bapa. Cantik pemandangan sungai di sini dan kesejukan airnya amat terasa.

Seni binaan pondok kaum Asli Temiar cukup cantik serta berseni....walaupun kelengkapan ala-kadar tetapi tetap selesa... tilam, bantal serta selimut juga disediakan...jika tidak tahan dengan sejuk lebih baik bawa sleeping bag...

Boleh hubungi En. Daud untuk tempahan tetapi kena tempah seawal 3 bulan untuk mengelakan kekecewaan disebabkan chalet ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Cuti persekolahan juga dibuka, selain itu ditutup.

Ada 14 pondok yang boleh dipilih....ikut selera masing-masing....lokasi semuanya strategik...

Kenderaan boleh diparking berhampiran dengan chalet atau di seberang jalan....selain itu terdapat juga aktiviti lain yang disediakan seperti meyumpit, memasak di dalam buloh dan belajar tarian sewang...

Mendamaikan suasana di sini....memang sesuai untuk menenangkan fikiran dari kesibukan bekerja serta suasana hiruk-pikuk di bandar...

Deras air sungai di sini....

Memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga sambil menghayati keindahan alam sekitar....

Kemudaha asas yang disediakan seperti tandas, ruang memasak dan pondok makkan terbuka ti tepi sungai...makan sambil mendegar deruan air sungai memang sungguh mengasyikan...

Hanya bersebelahan dengan jalan utama....tapi tak perlu risau...tiada gangguan kenderaan di waktu malam...kerana sukar untuk melihat kenderaan yang lalu-lalang di waktu malam...lagi pun kawasan ini jauh daripada pekan...pergerakan penduduk di sini hanya pada waktu siang...

No comments:

Post a Comment