Sunday 25 September 2022

Kayuhan Lontong Kering @Serendah - 17 September 2022

 Kayuhan santai bersama Pak Brahim menuju ke Gerai Lontong Kering di Serendah. Gerai ini terkenal dengan hidangan lontong keringnya walaupun terdapat juga juadah makanan yang lain. Plan yang sebenarnya untuk berkayuh ke Warung Misteri Tanjung Malim tetapi disebabkan jarak kayuhan yang jauh dan mungkin akan balik dalam keadaan cuaca panas terik, maka hajat tersebut terpaksa dibatakkan dan hanya ke Serendah.

Kayuhan bermula seawal jam 7.15 pagi dalam suasana mendung pagi tetapi panas semasa kayuhan pulang. Seperti biasa kayuhan di laluan roller coaster Bukit Beruntung-Rasa menjadi cabaran di awal pagi. Terserempak dengan ramai pengayuh pagi ini. Masing-masing dengan hala tujuan sendiri.


Adduhh....tak sempat nak ambil gambar sebelum....dah licin baru teringat nak ambil gambar....nampak sangat lapar betul....kalau nak merasa lontong kering boleh waze jea...bukan setakat lontong kering, lontong basah pun ada...akan berjumpa dengan simpang ke Air Terjun Serendah dan Telaga 7 dahulu sebelum sampai...

Berkayuh bersama Pak Brahim....otai yang kuat berkayuh....kayuhan pun padu...

Tak banyak gamabr kali ini.....tak sempat nak ambil gambar...fokus dengan kayuhan....

Bukit Beruntung Loop....sambil makan lontong....tak nak kayuh jauh-jauh sangat, sebab esok nak kayuh offroad pulak....

No comments:

Post a Comment