Monday 26 September 2022

MTB Offroad @Bukit Tagar - 18 September 2022

Kayuhan offroad ke Bukit Tagar dengan melalui Jalan Rasa serta menyusuri Sungai Selangor sehingga ke Bukit Tagar. Sudah lama tidak berkayuh di laluan ini. Jika dulu, laluan ini merupakan laluan yang sering digunakan pada hujung minggu. Laluan menyusuri Sungai Selangor adalah landai serta berbatu dan kadang-kadang terdapat juga lopak-lopak air yang bertakung. Kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi setelah bersarapan di Kedai Ajis. Hanya 6 orang pengayuh sahaja yang berkayuh kali ini.

Laluan roller coaster di jalan BB-Rasa sememangnya cabaran awal yang perlu dilalui. Penat kayuhan semalam masih belum habis, hari ini kayuh lagi di laluan ini. Setelah sampai di Rasa, bergambar dulu di jambatan besi Rasa. Banyak sejarah dan cerita yang terdapat di jambatan ini, kerana ia dibina semasa zaman penjajahan British dulu dan kawasana Hulu Selangor sememangnya terkenal dengan kawasan perlombongan bijih timah. 


Dah lama tak ber"offroad"....mencari semangat yang hilang....

Habis layan roller coaster jalan BB-Rasa.....rasa nak minta nyawa laluan dekat sini....lepak rehat dulu sebelum masuk laluan offroad...

Jambatan besi Rasa yang dibina di zaman penjajah British...jambatan ini bagi memudahkan laluan untuk membawa keluar bijih timah....

Berposing dulu...sebelum meneruskan semula kayuhan...

Laluan landai dan berpasir serta berdebu.....menuju ke SKC...berhampiran dengan MK Taman Bunga Raya....

Menyusuri Sungai Selangor....ramai pemancing tegar di kawasan ini....setiap sudut ada sahaja pemancing yang mencari rezeki di sini atau sekadar hobi meluangkan masa....

Jambatan yang telah roboh....suatu masa dahulu jambatan ini digunakan untuk merentasi sungai....namun disebabkan pembukaan tapak kolam ikan serta aktiviti mengorek pasir yang giat dijalankan dulu menyebabkan jambatan ini runtuh...

Titi kayu yang dibina semula untuk kemudahan melintas di kawasan ini...akan cuba berkayuh di laluan ini nanti...nampaknya laluan ini boleh dilalui...

Bergambar lagi....kali ini di dalam kebun sawit menuju ke SKC....

Di kawasan perumahan berhampiran dengan Bukit Beruntung Golf Club....dah lama tak bergambar di sini...

Setelah penat berkayuh...sebelum balik, singgah di Restoran Rahim Bukit Sentosa untuk lepak dan minum....plan nak kayuh mana lagi selepas ini...

Mileage hanya 31km sahaja.....cukup untuk minggu ini ber"offroad"....next time kayuh di Widuri pulak...

Kayuhan ke Empangan Sungai Tenggi akan dirancang selepas ini....sudah lama tidak berkayuh di sana...pasti banyak perubahan...in sya Allah akan menyusul semula...

No comments:

Post a Comment