Monday, 31 January 2011

Gugusan Adela MTB Ride 2011 - 30 January 2011

Felda Gugusan Adela yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor merupakan destinasi kayuhan pada minggu ini. Acara untuk tahun yang kedua telah diajurkan oleh G.A Cycling Club. Seramai lebih kurang 500 penyertaan termasuk dari Singapura.

Distance : 46.2 Km
Moving Time : 4 hours 18 minutes
Stopped Time : 58 minutes 38 seconds
Max Speed : 41.1 kh/h

HR Average : 159
HR Max : 181
Energy : 3648 Kcal
Total Lap : 5 hours 19 minutes
TE : 5.0


All Check Point Completed....

Kawasan Peranginan Desaru, Kota Tinggi Johor

Bandar Penawar (Petronas)....

Starting Point...Gugusan Adela MTB Ride

Peserta bersiap sedia di garisan permulaan...hujan turun di awal pagi menandakan laluan trek tidak semudah yang disangkakan.... pasti dihidangkan dengan pesta lumpur...


Jurukamera....









Pesta lumpur dan selut bermula....keadaan trek yang basah disebabkan hujan yang turun berpanjangan. Keadaan ini telah dijangkakan sejak awal kerana kawasan Johor sedang dilanda banjir dan kawasan Kota Tinggi tidak terkecuali.

Bersama Bro.Rahim ARB.....

Basikal dah tak rupa basikal... dah macam mesin bajak sawah...

Lumpur berselut...

Basikal tak mampu lagi dikayuh disebabkan disaluti lumpur... tayar 2.1 dan jadik macam 2.5..

Tak dapat tolak... ade jugak yang memikul basikal kerana lebih senang....

Pemandangan dari puncak....


Ketika ini, awan kelihatan gelap...tanda-tanda hujan akan turun....
Ketika sampai di puncak... hujan pun turun dengan lebatnya....disepanjang kayuhan selama 5 jam, hujan turun tidak berhenti-henti....angin bertiup kencang....
Inilah pengalaman aku disepanjang kayuhan kerana belum pernah mengayuh selama 5 jam dalam keadaan hujan lebat dan kesejukan....hujan yang turun tidak berhenti-henti tidak mematahkan semangat.. 


Gambar yang diupload dari Sazaly ARB....



Hujan dah mula turun....


Hujan lebat di atas puncak bukit...



Banjir di ladang kelapa sawit.... air sampai paras peha....
Terpaksa menolak basikal di dalam air sejauh setengah kilometer...








Laluan trek sejauh 46km...



Secara keseluruhannya, kayuhan kali ini memang berbeza dari yang lain. Bukan disebabkan trek yang sangat mencabar tetapi keadaan telah membuatkan trek kali ini amat mencabar. Kayuhan selama 5 jam di dalam hujan lebat yang tidak berhenti-henti memang sukar unutk dilupakan. Jarang sekali aku berpeluang untuk mandi hujan dengan sepuasnya walaupun selalu dilakukan semasa zaman kanak-kanak dulu. Walau apa pun, ride kali ini memang lain dari yang lain. Semoga penduduk Johor tabah menghadapi ujian banjir pada kali ini, walau pun aku nyaris terkandas semasa menuju pulang ke KL disebabkan jalan ditengelami oleh air. Apa-apa pun, semua ini ada hikmat disebaliknya.......


No comments:

Post a Comment