Monday, 16 May 2011

Konvoi Amal Aman Palestin

Bertempat di Sri Pentas, TV3 Bandar Utama telah berlangsung "Konvoi Amal Aman Palestin" sempena berperingati perjuangan penduduk Palestin menentang re jim Zionis. Kayuhan yang bermula di Sri Pentas dan berakhir di Ibu Pejabat Aman Palestin di Kota Damansara. Kayuhan sejauh 20 kilometer ini telah disertai oleh 445 orang yang terdiri peserta berbasikal, Superbike dan juga kenderaan pacuan 4x4.

Konvoi ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap prihatin di dalam diri masyarakat dan menghulur bantuan kepada rakyat Palestin yang sedang dinafikan hak mereka. Konvoi ini juga bertujuan untuk mengutip dana bagi meringankan bebanan yang sedang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Disepanjang konvoi terdapat 3 tempat perhentian untuk peserta berehat dan acara samping disediakan seperti paluan kompang dan pesembahan seni silat. Sepanjang konvoi ini diadakan lebih kurang RM14 ribu telah berjaya dikutip bagi didermakan kepada penduduk Palestin melalui Aman Palestin.

 

Geng-geng PRCC.....

Bangunan Sri Pentas,TV3 tempat berkumpul

Pendaftaran....mendapat cenderahati Mafla Amal Palestin 


Ramai peserta sedang berkumpul menunggu untuk memulakan kayuhan







Geng-geng Superbike...




Kayuhan bermula tepat jam 9.50 pagi


Main road.... hadapan One Utama

Menuju Kota Damansara






Check Point 1... UpTown Kota Damansara


Paluan kompang memeriahkan acara


Check Point 3.... Masjid Kota Damansara

Sampai di Check Point 4... Pejabat Aman Palestin,Kota Damansara




Lunch... Nasi Arab..lazat!!!! terbaik......

Ucapan dari Pengerusi Aman Palestin...


Semoga kayuhan serta sumbangan yang disalurkan akan dapat meringankan beban yang sedang ditanggung oleh peduduk Palestin serta menginsafkan diri kita tentang penderitaan yang ditanggung saudara seIslam.

1 comment:

  1. Review yang baik! Kami juga gembira dapat menyertai konvoi ini sambil beramal....
    -NovaRiders

    ReplyDelete