Bermula dengan pengambilan goodies di kedai basikal Jin Wall Enterprise (JW) di Taman Seri Rampai pada sebelah malamnya kerana di sebelah siangnya berkayuh di Dusun MTB Ride. Pada keesokan harinya, kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi setelah peserta expert dilepaskan 15 minit awal. Trek yang disediakan memang mencabar mental dan fizikal. Rasanya semua peserta mengakuinya. Dengan pendakian yang banyak dan ditambahkan lagi dengan keadaan trek yang basah dan berlumpur disebabkan hujan turun dengan lebatnya di awal pagi, sememangnya mencabar kesabaran mental dan fizikal.
Distance : 25.7 kilometer
Moving Time : 3 hours 19 minutes
Stopped Time : 20 minutes 8 seconds
Max Speed : 49.3 km/h
Avg Speed : 7.7 km/h
Prima Riders Cycling Club (PRCC)
Fairuz,Nazmi,Babat,Josh,Afitz,Mie Cha,Azham,Tajul,Nuar
Seperti biasa, bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....
Wajah-wajah ceria....tak tau azab menunggu dekat trek...
Kayuhan bermula jam 8.15am....laluan road sejauh 3.0km...
Offroad bermula.....traffic jam....baru masuk offroad dah menolak....
Sesak teruk....terpaksa tunggu giliran...
Climbing sambil menolak basikal....
Sesak lagi....lebih kurang 2 kilometer terpaksa tolak basikal...
Climbing lagi....sambil tolak basikal...
Climbing lagi... laluan licin dan berlumpur...
Tunggu giliran.....
Climbing lagi...lagi....lagi....
Rasanya tak ada siapa yang dapat kayuh kat bukit nie.....kalau ada memang tangkap respect laa....
Curam sungguh bukit nie...tolak pun tak larat dah...
Ingatkan dah landai.....huhuhuuuuu,,,,ada bukit lagi...
Climbing laaa lagi.... bila nak habis daa bukit nie....
Tapak peninggalan taman tema yang pertama di Malaysia..Mimaland...
Hancur teruk trek nie....dah macam kat dalam bendang....
Bukit yang terakhir.....tak tau lah bukit yang keberapa nie sebab dah tak terkira dah...
Tolak basikal tak sudah-sudah.....downhill pun tolak jugak...
Sampai di finishing line....
Terasa puas sebab berjaya menghabiskan kayuhan pada kali nie....
Lega selamat sampai.....
Terdapat 2 puncak yang tinggi, iaitu pada ketinggian 850ft....
Jarak keseluruhannya... 25 kilometer jea, tapi letih macam kayuh 100 kilometer jea...
Setakat ini, trek JW Carnival merupakan trek yang paling mencabar disepanjang tahun ini. Tak tahu lah kalau ada trek yang lagi dahsyat selepas ini sehingga hujung tahun. Apa-apa pun, tahniah kepada pihak penganjur walaupun terdapat beberapa kelemahan semasa menganjurkan karnival ini dan kepada mereka yang berjaya menghabiskan kayuhan, sesungguhnya anda memang seorang pengayuh MTB yang sejati....Adios !!!
hahaha... gile kan... dah la saya ni beginner - baru je belajar main basikal... masuk trek Gombak ni... mmg naya betul hari tu... kata fun ride... ingatkan ok je la... tapi saya abis juga kayuh... walaupun dekat 5 jam... ;p
ReplyDeleteTahniah...yang penting sebenarnya bila dapat menghabiskan kayuhan walaupun lambat sampai. Tak kisah walaupun kita beginner yang penting semangat...confirm selepas nie dah boleh jadik expert...
ReplyDelete