Monday, 11 March 2013

MH Jamboree Lasak 360 @Kota Warisan - 10 March 2013

Minggu ini berjamboree lagi...kali ini di Kota Warisan, Sepang sempena MH Jamboree Lasak 360 @Kota Warisan 2013. Dianjurkan oleh Mas Cycling Club serta disertai oleh seramai lebih kurang 1300 orang.

Trek laluan yang disediakan memang telah dijangkakan dengan banyak pendakian di kawasan ladang kelapa sawit dan terbuka. Walaupun climbing yang menguji kekuatan mental dan fizikal, namun downhill pun memang syok untuk dilayan. Faktor cuaca banyak membantu para peserta untuk mengharungi cabaran yang disediakan. Cuaca mendung disepanjang laluan memberikan sedikit kelebihan terutama di kawasan yang terbuka yang sememangnya panas jika cuaca terik pada hari ini.

Tahniah kepada penganjur diatas persediaan yang mantap terutama dari segi laluan trek, check point, water station dan juga makanan yang disediakan.


CP1-CP1,CP2-MIAT,CP3-ERL & CP4-360....

Bersama Fairuz Mastana sekali lagi....

Di starting point...


Arash Mohamed.....pengacara majlis......

Lebih kurang 1300 peserta berada di garisan permulaan....



Kayuhan bermula lewat sedikit pada pukul 8.25 pagi...

Awal-awal bukit dah menolak....


Climbing lagi....


Lega sikit... laluan landai ....

Di laluan bersebelahan ERL KLIA Transit....

Menuju Check Point 3-ERL....

Climbing lagi....


Fuuhyooo....bukit lagi...

Tolak jea laa.....

Water station.....refill air dulu...lepas nie banyak bukit lagi nak kena daki...

Hahaha...climbing Bukit 360 pulak....

Pemandangan Highway PLUS....

Sampai Check Point 4.....lega rasanya...


Sampai ke finishing line....

Lega....puas...mantap...best !!!



Acara lucky draw bermula....terpaksa bergerak pulang awal disebabkan ada urusan lain...

Ketinggian paling tinggi...419.9ft....

Jarak keseluruhan sejauh 33km....

Secara keseluruhanya, MH Jamboree Lasak 360 @Kota Warisan boleh dijadikan penanda aras untuk penganjur yang lain kerana persediaan yang mantap dari segi laluan trek, tanda arah, marshall, check point air, makan dan minum, lucky draw dan sebagainya. Di harap tahun hadapan boleh berkunjung semula di Kota Warisan....

No comments:

Post a Comment