Tuesday, 9 April 2013

Scorpion Army Aviation MTB Jamboree 2013 - 7 April 2013

Scorpion Army Aviation MTB Jamboree 2013 yang berlangsung di Kem Mahkota, Kluang merupakan jamboree tahun kedua setelah berjaya dengan meriahnya pada tahun lepas. Tahun ini lebih ramai penyertaan berbanding tahun lepas dengan jumlah lebih kurang 1400 orang. Kali ini bersempena dengan hari terbuka Angkatan Tentera Darat dengan pelbagai acara samping yang memeriahkan lagi acara.

Pertunjukan helikopter tentera Agusta memang menjadi daya penarik serta membuatkan peserta terpesona dengannya. Dipantau dari udara semasa di dalam trek serta gambar dari udara memang cukup mengujakan.

Laluan trek berbentuk "fast rolling" dan kurang pendakian memang memberikan advantange kepada mereka yang kuat untuk memecut laju. Hanya sedikit azab ketika di kawasan perkampungan Kampung Bentong dengan pendakian tarmac yang curam serta "roller coster".

Tahniah kepada abang-abang tentera kita dengan pengajuran yang sempurna serta dibantu dengan pelbagai kemudahan seperti kenderaan medic tentera, helikopter dan mashall tentera di sepanjang trek.




Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan...

Macam biasa...solo rider...


Ramai peserta tidak sabar untuk memulakan kayuhan...


Bersama Bro Azman TRR dan isteri yang selalu memberikan sokongan moral...

Helikopter Agusta...




Pengacara majlis...

Peserta di garisan permulaan....



Gimik acara pelepasan dilakukan...dengan komandor bertopeng turun dari helikopter sambil membawa bag untuk diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera bagi melepaskan peserta...

VVIP....

Kayuhan bermula pada pukul 8.25 pagi...



Laluan road sekitar Kem Mahkota...

Offroad landai dan "fast rolling".....



Anuar Manan sampai di garisan penamat sebagai seorang Juara....

Menuju garisan penamat....


Lega...dapat menghabiskan kayuhan...

Jarak kayuhan sejauh...42km....



No comments:

Post a Comment