Sunday, 16 June 2013

Kayuhan Trek SCT Batu 30 - 16 June 2013

Minggu ini kayuhan bersama kelab-kelab basikal yang berada di sekitar Bukit Beruntung seperti Sentosa Cycling Team (SCT), BBSe7en Cycling Team, Prima Riders Cyling Club (PRCC), Jiwa Basikal RiderPerodua Cycling Club (P2CC) di trek SCT menuju Batu 30. Seramai 38 orang pengayuh berkayuh bersama-sama pada kali ini dengan acara berkenalan terlebih dahulu bersama YB yang baru dipilih iaitu YB Nazri Dahlan.

Kayuhan sejauh 28 kilometer dengan pelbagai laluan yang menarik dengan pendakian serta singletrek hutan yang sememangnya dapat mengasah kemahiran serta keberanian.


Bergambar bersama YB Nazri Dahlan sebelum memulakan kayuhan....

Bacaan doa oleh Saudara Azam....

Bersama legend rider...Azahari...telah lama tidak berkayuh bersama...

Castello @Pak Berahim pun ada....

Kayuhan bermula pada pukul 8.10 pagi dengan laluan road sejauh 1km menuju Widuri...

Mie Cha bergandingan dengan Pak Berahim ....

Offroad bermula....

Halangan pokok tumbang serta tanah runtuh.....

Pikul basikal....

Berhenti rehat...menunggu rakan-rakan di belakang...

Addduhhh....dah gondol bukit ini...lama-lama habis kawasan hutan disini akibat pembangunan....

Downhill teknikal di celah-celah pokok....menarik

Laluan ladang getah...antara laluan yang menarik disepanjang kayuhan...

Berhenti rehat di Serendah Batu 30....

Kayuhan diteruskan dengan laluan di ladang getah...

Downhill singleterk teknikal yang cukup menarik....walaupun dah lama tak berkayuh di laluan ini tetapi tetap teruja....

Menunggu rakan yang terjatuh semasa downhill serta cramp... namun kecederaan tidak serius...

Laluan balik road sejauh 3km menuju Kiosk Ajiz....


Laluan sejauh 28km.....namun tetap puas...

No comments:

Post a Comment