Monday, 26 August 2013

Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 : Kellie's Castle - 25 August 2013

Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 bagi circuit yang ke-2 telah berlangsung di Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak. Circuit yang ke-2 kali ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 1,200 orang pengayuh dari serata semenanjung. Penganjuran kali ini lebih tersusun serta meriah jika dibandingkan dengan circuit di Putrajaya pada Jun lalu. Kali ini pengurusan lebih teratur terutama di starting point, marking trek yang jelas, marshall yang banyak membantu, water check point yang penuh dengan bekalan minuman serta finishing line yang tersusun mengikut ranking serta kategori.

Distance : 39.3 kilometers
Moving Time : 2 hours 47 minutes
Stopped Time : 4 minutes 54 seconds
Max Speed : 43.5 km/h
Moving Avg : 14.1 km/h

Warna Plate Number bertemakan warna negeri Perak......plate material yang berkualiti....

Wakil PRCC......
Nuar-Apiz-Babat-Basri

Riders telah bersiap sedia di garisan permulaan seawal jam 6.45pagi....

Geng Giro Xar....

Bersama Bolan (Geng JiwaBasikal)...muka ceria sebelum kayuhan bermula....

Suasana dingin dan berkabus di awal pagi....

Kayuhan bermula tepat jam 8 pagi....setelah bacaan doa serta nyayian lagu "Negaraku".....

Kayuhan "road" hanya sejauh 3km...menyebabkan laluan masuk "offroad" traffic jam...

Laluan trek yang menarik....banyak pendakian dikawasan ladang kelapa sawit serta getah....menuju Check Point 1... 

Kayuhan di kawasan terbuka....cuaca redup serta berangin banyak membantu semasa kayuhan....

Laluan di kawasan penanaman semula pokok kelapa sawit....laluan lurus serta berdebu...

Menuju ke Check Point 2....

Melepasi Check Point 2....downhill dari puncak kebun getah... ramai riders terjatuh di sini disebabkan keadaan tanah yang berpasir dan licin...

 
Berjumpa dengan Apiz dan Basri di Check Point 2....muka macam dah barai jea...

Pendakian di ladang sawit....ingatkan dah habis climbing, rupanya banyak lagi.... 

Laluan landai di celah-celah pokok getah....laluan ini memang menarik...

Memasuki fasa ke-2....laluan offroad menuju belakang Kellie's Castle...melintas jalan utama menuju ke perkampungan estate...

Basri & Apiz.....muka macam tak letih jea....

Laluan kawasan terbuka... menuju Check Point 3....

Check Point 3.....woow lega...

Masuk balik ke kawasan ladang sawit....climbing lagi....

Menuju Check Point yang terakhir....

Laluan "road" sejauh 2km menuju garisan penamat.....

Sampai juga di garisan penamat....bersaing bersama Apiz & Basri....

Brother Mashall "tolak basikal"....peserta perlu menolak basikal bagi sambil no. ranking dicatitkan...

Fuuhhh....trek memang mantap....selamat sampai juga akhirnya...

Apiz.... dengan gaya tersendiri....

Finishing yang bersistematik... tersusun,teratur dan terurus dengan rapi....tahniah kepada penganjur....

Kenangan bersama di finishing line....

TQ bro mashall sebab tolong ambikkan gambar....

Trek yang mencabar mental dan fizikal....tetapi tetap terbaik....

Trek keseluruhan sejauh 40km yang cukup mengujakan serta teruja terutama di kawasan pendakian yang memenatkan...

Secara keseluruhannya, pengurusan event kali ini lebih tersusun dan terbaik jika dibandingkan dengan circuit sebelumnya. Walaubagaimana pun masih terdapat komen-komen negatif daripada riders yang masih kurang berpuas hati dengan pihak penganjuran. Memang sukar untuk memuaskan dan mengambil hati semua orang. Sedikit sebanyak memang terdapat ruang-ruang yang boleh diperbaiki tetapi jika dibandingkan dengan penambahbaikan yang telah dibuat, pujian harus diberikan kepada pihak penganjuran. 

Komen-komen negatif di Facebook seperti laluan downhill yang merbahaya, minuman tidak mencukupi di water station, medic & marshall kurang di dalam trek, medic lambat bertindak bila berlaku kecemasan, tersesat di dalam trek serta banyak lagi kritikan merupakan cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap peserta.

Diharapkan para riders tidak patah semanggat untuk menyertai circuit yang seterusnya...kepada pihak penganjuran, teruskan usaha untuk yang terbaik kerana saya percaya masih ramai mereka-mereka yang ternanti-nanti circuit yang seterusnya berbanding mereka yang hanya mencari peluang untuk menghentam orang lain tanpa memberikan idea yang bernas untuk diketengahkan. 

Berjumpa di circuit yang seterusnya....Kayuh Tetap Kayuh....Wassalam...

No comments:

Post a Comment