Monday, 7 October 2013

110Km UTHM Mini Century Ride 2013 - 5 October 2013

Ini merupakan event kali pertama berkayuh dengan menggunakan basikal "road bike", setelah sekian lama menantikan saat seperti ini. Bertempat di Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor, sempena pesta "convocation UTHM" acara 110Km UTHM Mini Century Ride telah diadakan dengan lebih kurang 100 orang peserta menyertainya. Kayuhan bermula lewat sedikit disebabkan menantikan  ketibaan konvoi Sultan Johor dan pelepasan telah dilakukan pada pukul 9 pagi.

Keadaan jalan raya yang basah disebabkan hujan yang turun diawal pagi serta cuaca sedikit mendung di awal pagi serta diikuti dengan panas terik disebelah tengahari. Terdapat 3 kawasan "Sprint" dan 1 laluan "KOM-King of Mountain" di sepanjang laluan. Laluan bermula ditapak pesta convo dan seterusnya menuju Air Hitam-Yong Peng-Parit Yani-Linau-Parit Jalil-Sri Bengkal-Seri Gading-UTHM.

First medal dalam kategori Road Bike.....


Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....bersama geng Mastana...

Bersama Fairuz Mastana....

Peserta di starting line....




Dipermulaan kayuhan...di hadapan UTHM...


Jarak kayuhan sejauh lebih kurang 100 kilometre di sekitar Batu Pahat......

1 comment: