Monday, 31 March 2014

Khazanah Alam MTB Jamboree 2014 - 30 March 2014

Khazanah Alam MTB Jamboree 2014 telah berlangsung di Tekam Plantation Resort, Pahang. Acara yang telah disertai oleh seramai lebih kurang 1000 orang dari serata semenanjung. Jarak kayuhan sejauh 47km dengan laluan di dalam ladang kelapa sawit. Memang tidak dapat dinafikan kawasan Jengka merupakan kawasan tanaman kelapa sawit dan trek yang disediakan adalah berbentuk "fast rolling" dan kurang pendakian. Laluan di dalam gua memang menarik kerena jarang berpeluang berkayuh di dalam gua dan ini merupakan satu keunikan semasa berkayuh disini.

Tanda arah yang jelas serta mashall yang ramai di dalam trek terutama dipersimpangan jalan dan di tempat yang agak merbahaya. Water station juga penuh dengan bekalan air serta minuman isotonic dan pisang di water station yang terakhir.
Suasana di tapak acara juga meriah dengan makanan tengahari yang terbaik walaupun tidak dapat menunggu sehingga cabutan lucky draw disebabkan mengejar masa untuk balik ke KL.
Tahniah kepada pihak pengajur diatas penganjuran yang terbaik serta layanan yang mesra dari setiap petugas.....tahun hadapan pasti Jamboree akan dinanti-nanti....

Distance : 47.4 Kilometers
Moving Time : 2 hours 43 minutes
Stopped Time : Zerro
Max Speed : 49.3 km/hour
Moving Avg : 17.4 km/hour

HR Avg : 163
HR Peak : 176
Energy : 2754 kcal
TE : 5.0

Acara jamboree pertama disertai  di negeri Tok Gajah pada tahun ini....

Peserta di garisan permulaan....


Kayuhan bermula pada pukul 7.45 pagi...


Laluan offroad bermula setelah kayuhan road disekitar Tekam Plantation Resort....

Pendakian di ladang sawit.....

Laluan berpasir....susah nak berkayuh disini....ramai rider menolak basikal disebabkan tayar terbenam di dalam pasir.....

Laluan road sejauh 3km sebelum masuk semula ke laluan offroad ladang sawit....


Sayup mata memandang.....

Laluan offroad sawit semula....

Berkayuh di dalam Gua Penyu.....suasana yang cukup menarik...

Ramai rider berhenti seketika untuk bergambar.... 




Sempat bergambar dulu.....

Menarik permandangan di laluan ini....

Check Point serta Water Station yang terakhir....lagi 10km menuju finishing line...

Laluan road menuju Tekam Plantation Resort.....

Memasuki pintu masuk Tekam Plantation Resort.....

Menuju finishing line.....




Selamat sampai.....

Solo rider lagi....


Kayuhan sejauh 47km.....trek yang cukup berpuas hati....

No comments:

Post a Comment