Sunday, 27 April 2014

Janamanjung Fellowship Ride 2014 (120Km) - 27 April 2014

Janamanjung Fellowship Ride 2014 merupakan event roadbike pertama untuk tahun ini. Bertempat di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak berlangsung acara yang sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh peserta setiap tahun dan kali ini merupakan penganjuran buat tahun ke-7. Walaupun tahun ini merupakan tahun pertama menyertainya setelah berjinak-jinak dengan roadbike, event ini memang antara yang terbaik. Cukup meriah dan hebat.

Laluan sejauh 120km dengan laluan bermula di Stesen Janakuasa menuju Pantai Remis-Batu Hampar-Kg.Bakar Bata-Ayer Tawar-Sitiwan-Stesen Janakuasa. Terdapar 3 Water Station disepanjang laluan iaitu KM43 (Dewan Orang Ramai Pantai Remis), KM63 (Sekolah Menengah Changkat Beruas) dan KM78 (Kg. Bakar Bata).  

Terasa berpuas hati pada kayuhan kali ini, semuanya terbaik daripada pihak penganjur. Layanan yang diberikan memang cukup hebat dan sempurna. Patutlah sebelum ini ramai yang memberikan "thump up" kepada event ini. Setelah merasainya sendiri, memang benarlah seperti apa yang dikatakan. In sya allah...Janamanjung pada tahun hadapan pasti ditunggu....


Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Peserta di garisan permulaan.....bersiap sedia seawal jam 6.30pagi....



Kayuhan bermula pada pukul 7.20 pagi...

Water Station 1....Dewan Orang Ramai Pantai Remis....


Refill air dulu....


Mastana.....terbaik...

Sampai di garisan penamat.....


Medal terbaik.....buat kenang-kenangan....

Acara lucky draw bermula.....

Makanan tengahari dengan lapan meja hidangan buffer, gerai cendol, gerai air kelapa mawar dan sebagainya....

Keluarga yang memberikan sokongan....





No comments:

Post a Comment