Sunday, 17 August 2014

Campaign For A Lane 6th Edition 2014 - 17 August 2014

Penyertaan untuk kali yang ke-4 bagi edisi ke-6 Campaign For A Lane (CFAL) 2014 di Pulau Mutiara. Kali ini ada sedikit kelainan, jika 3 penyertaan sebelum ini menggunakan basikal MTB tapi kali ini RB pula....Kayuhan santai mengelilingi Pulau Penang memang menyeronokkan dengan penyertaan yang ramai kali ini iaitu lebih daripada 3000 orang peserta.

Seperti biasa, kayuhan bermula pada pukul 7 pagi bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guang Eng. Cuaca kali ini amat baik jika dibanding dengan edisi sebelum ini. Laluan memang sama seperti tahun-tahun sebelum ini dan seperti biasa cabaran semasa pendakian di Teluk Bahang. Berlaku juga siri kemalangan pada peserta terutama semasa menuruni laluan berbukit menuju ke Empangan Teluk Bahang. Kelainan pada edisi kali ini ialah tiada no plate basikal namun digantikan dengan wristband dan terdapat water station Red Bull di puncak laluan Teluk Bahang serta T-Shirt untuk finisher.

Apa-apa pun tahniah kepada penganjur.....edisi ke-7 pasti ditunggu-tunggu pada tahun hadapan....


Wristband mengantikan Plate No Basikal....

Kayuhan roadbike kali ini.....

Kayuhan bermula pada pukul 7 pagi...




Berhenti seketika semasa pendakian di Teluk Kumbar...

Bersama geng Jiwa Basikal....

Di puncak Teluk Bahang...


Selesai pendakian....lepas ini layan downhill sehingga Empangan Teluk Bahang....

Berkumpul semula....

Finishing line....


Pentas utama....


Lega....selesai kayuhan 

Macam biasa....setiap tahun medal memang mantap...kali ini seperti loceng basikal...

No comments:

Post a Comment