Monday, 12 January 2015

Batam Outer Ring 3rd Edition 2015 (BOR3) - Perjalanan ke Pulau Batam...

Acara jamboree pembuka tirai pada tahun ini...Batam Outer Ring (BOR3) Edisi Ke-3 yang telah berlangsung di Pulau Batam, Indonesia. Perjalanan yang tidak dirancang dan hanya kebetulan apabila rakan dari Melaka mengajak secara spontan untuk menyertainya. Bergerak dari Kuala Lumpur pada pukul 12.30 malam menuju ke Melaka dan berhenti tidur di Hentian Rehat & Rawat Ayer Keroh sehingga awal pagi. Bergerak ke Durian Tunggal seawal jam 4 pagi dan seterusnya singgah di Nyalas dan Simpang Renggam sebelum menuju ke Jetti Ferry Setulang Laut di Johor Bahru.


Duduk di bahagian deck atas sambil menikmat pemandangan di sepanjang perjalanan...


Melalui pemeriksaan kastam serta imigresan sebelum menaiki ferry... 

Bersama dengan Bro Daud dari Simpang Renggam...KBPSR


Stesen Janakuasa Singapore....pemandangan dari Jetty Setulang Laut...

Terima kasih kepada Mr. Ganesa Ram kerana banyak membantu semasa urusan di jetty serta di Pulau Batam...

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit...

Tak ramai penumpang...banyak kerusi yang kosong....

Basikal diletak di atas deck....


Melayan pemandangan...



Pelabuhan Sembawang, Singapura....



Kapal penunda kontena....

Sarat dengan kontena...

Rumah kelong di persisir pantai Singapura....

Costarina Pulau Batam...

Menuju ke Jetty Pulau Batam....



Sampai di Pulau Batam....pada pukul 12pagi waktu Malaysia dan 11pagi waktu Indonesia...

No comments:

Post a Comment