Sunday, 24 May 2015

Klang Premiere Century Ride 2015 - 24 May 2015

Kayuhan roadie pada minggu ini di "Klang Premiere Century Ride 2015" telah berlangsung di Hotel Premiere Bukit Tinggi. Ini merupakan penganjuran kali kedua setelah berjaya pada tahun lepas dan penyertaan kali ini bertambah berbanding yang lepas. Kayuhan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu "century ride-128km" dan "fun ride-18km".

Laluan kali ini adalah lebih kurang sama seperti laluan pada tahun lepas, hanya kali ini tidak berkayuh mengelilingi Bandar Klang dan kayuhan kali ini membuat pusing u-turn di kawasan Morib Gold Coast Resort dan menuju ke Pulau Carey sebelum u-turn semula menuju ke Bukit Tinggi.


Event kali kedua disertai...lebih meriah dari tahun lepas...namun banyak berlaku kemalangan disepanjang kayuhan...lebih kurang 5 kemalangan besar yang melibatkan peserta...3 kemalangan berlaku di depan mata namun sempat mengelak sambil terlanggar botol air dan satu kemalangan oleh rider disebelah yang nyaris terlibat sama....

Suasana di waktu pagi di hadapan Hotel Premiere Bakit Tinggi....

Lebih kurang 1000 orang rider menyertai pada kali ini....

Flag off pada pukul 7 pagi....

Selamat sampai di garisan penamat....



Alhamdullilah...syukur, selamat sampai...


Bersama Iswardy PKNS dan Iskandar Aman....

Kayuhan sejauh 121km....berlaku kemalangan di jalan kampung menuju ke Pantai Morib diantara sebuah lori dengan motosikal, di mana berlaku pertengkaran di tepi jalan sambil penunggang motosikal mengeluarkan senjata parang untuk menyerang pemandu lori....polis trafic yang mengawal peserta terpaksa memanggil bantuan polis MPV untuk menyelesaikan masalah...kayuhan diteruskan...


Pencapai lebih baik berbanding tahun lepas.....


Note : Walaupun jarak kayuhan tidak mencecah 160km, namun event ini masih mengekalkan nama "century ride". Century bermaksud 100. Jarak dalam unit Imperial bermaksud 100 mile (batu). Unit batu jika diconvert ke "kilometer" bersamaan dengan 160km. 

No comments:

Post a Comment