Friday, 10 July 2015

Nite Ride Ramadhan @Prima Hill - 10 July 2015

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kayuhan nite ride di Prima Hill semasa bulan Ramadhan pasti menjadi suatu kemestian. Kali ini tidak ramai yang menyertainya, hanya 7 orang pengayuh tegar sahaja. Semua sudah sedia maklum laluan di Bukit Prima memang penuh dengan pendakian.

Berkumpul di Restoren Taqwa Adenium Bukit Beruntung pada pukul 10.30 malam dan tayar golek pada pukul 11.15 malam. Melalui laluan road menuju ke Tesco Distribution Bukit Beruntung sebelum memasuki laluan offroad Bukit Prima melalui kawasan Perkuburan Islam Bukit Beruntung. Jarak kayuhan yang pendek, namun cukup bermandi peluh.

Suasana kali ini agak gelap tanpa sinaran bulan....


Melepak di kawasan puncak Bukit Prima sambil menikmati suasana dingin malam.... 




Night Mood Vision.....


Climbing dalam gelap...tak terasa sangat mental sebab tak nampak bukit....



Kayuhan pulang....tamat kayuhan pada pukul 1.45 pagi....

Laluan pendek....cukup untuk warm-up di bulan puasa ini....

 



No comments:

Post a Comment