Saturday, 10 October 2015

Kayuhan Hari Sukan Negara 2015 - 10 October 2015

Tahun ini merupakan kali pertama negara melancarkan Hari Sukan Negara pada 10 October dan ini merupakan permulaan kalendar bagi aktiviti sukan dan riadah serta disambut diseluruh negara. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang hari ini, boleh dikatakan seluruh daerah di seluruh negara mengadakan pelbagai aktiviti sukan tidak kira berbasikal, berlari, beriadah serta lain-lain jenis sukan.

Objektif Hari Sukan Negara :

1. Menerapkan BUDAYA B ERSUKAN di kalangan rakyat.
2. Memupuk semangat PERPADUAN di kalangan rakyat.
3. Pembangunan EKONOMI negara melalui pembangunan industri sukan.
4. Meningkatkan PENGETAHUAN sukan di kalangan rakyat.
5. MENGIKTIRAF rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.


Putrajaya telah menjadi pusat penganjuran bagi Hari Sukan Negara yang pertama pada tahun ini. Satu kayuhan sempana acara ini iaitu " Kayuhan Hari Sukan Negara" telah dilancarkan dengan kategori 10km,40km serta 120km.

Kayuhan santai secara "fellowship ride" sehingga ke garisan penamat.


Kategori 120km...namun rasanya jarak tak sampai 120km...hanya lebih kurang 90km sahaja...

Bersedia di garisan permulaan....di awal pagi...suasana masih lagi gelap....

Bersama Wak dan Iskandar....

Starting line di hadapan Kementerian Kewangan (MOF)....

Kategori 120km....

Lebih kurang 1000 rider pada pagi ini....

Flag off pada pukul 6.40 pagi....

Water Station 1 di Station Minyak Shell Kota Warisan....


Minuman 100+ serta pisang disediakan....


Ramai rider telah sampai.....




Bergabung semula....lepas nie kayuh sama-sama pulak....

Jarak baru 45km....masih jauh lagi perjalanan....

Tekan pedal....pacak jugak jalan nie....

Sampai di Water Station 2...peserta kayuhan 40km pun melalui laluan yang sama sehingga ke garisan penamat....


Sampai di Dataran Masjid Putrajaya.....


Menuju garisan penamat....

Sampai dengan selamat.....

Credit to Bro Nor Azman Mohd Zawawi aka Sniper Cap Ayam A1....

Medal diberikan sebagai tanda penghargaan....

Koleksi medal yang seterusnya....sebagai kenangan...

Jarak lebih kurang 90km.....kurang 30km dari yang asal.....tapi cukup sebagai persediaan untuk PCC & MCR pada minggu akan datang....

No comments:

Post a Comment