Wednesday, 9 December 2015

Sentosa Ride 2015 - 6 December 2015

Setelah penat berkayuh serta berlari semalam, pagi ini berkayuh pula di Sentosa Ride 2015. Acara yang telah dianjurkan oleh Sentosa Cycling Team (SCT) dan bertempat di Tapak Pasar Malam Perumahan Anggerik BB Fasa 2. Penyertaan seramai lebih kurang 280 orang dan jarak kayuhan sejauh 38km disekitar Bukit Beruntung dan Serendah.

Laluan berlumpur dan berselut menyukarkan kayuhan serta banyak tenaga digunakan untuk menghabiskan kayuhan kali ini. Trek tidak mudah seperti yang disangkakan....walau apa pun tetap berpuas hati...

Kayuhan bermandikan lumpur serta selut....merupakan antara rider yang terakhir sampai di garisan penamat kerana berkayuh bersama-sama sweeper.... 

Bergambar kenangan sebelum kayuhan.....Azrul & Along membuat "come back".....setelah lama menyepi...

Flag off pada pukul 8.20 pagi....

Kayuhan road sejauh 5km...sebelum memasuki laluan offroad....

Laluan menuju ke kawasan perumahan Widuri BB2.... 


Laluan offroad bermula.....dengan sedikit pendakian...

Pendakian sehingga ke puncak...jalan berlumpur akibat hujan yang turun....

Lepak dulu.....

Azam....sweeper....berkayuh bersama sweeper....

Laluan downhill yang menarik tetapi licin....


Kawasan penanaman rumput....

Menuju ke kilang batu-bata Serendah....

Kelompok kumpulan yang terakhir.....berihat dulu sebelum menyambung semula kayuhan...

Ada rakan yang kerosakan pada RD.....Nuar membantu memperbaikinya....

Lagi berlaku kerosakan RD basikal....Nuar jadi pomen lagi....

Geng-geng Prima Riders bersama SBOT....

Membantu marshal....bukan marshal membantu rider....

Bantu-membantu.....

Pantang jumpa air.....terus terjun basuh basikal....basuh bersih-bersih pun macam trek lepas ini tak berlumpur....



Trek ladang getah.....redup untuk berteduh dari panas mentari....

Sampai di garisan penamat, orang pun dah tak ada.....semua dah balik...layan makan bersama sweeper jea laa.....

No comments:

Post a Comment