Tuesday, 5 April 2016

Putrajaya Duathlon 2016 - 3 April 2016

Putrajaya Duathlon 2016 merupakan penyertaan duathlon yang kedua untuk tahun ini setelah Powerman Putrajaya. Sebenarnya acara ini merupakan acara sampingan bagi Ironman Putrajaya 70.3 pada tahun ini. Acara bertempat di Floria Putrajaya dan disertai oleh seramai lebih kurang 1000 orang termasuk kategori Ironman.

Format penyertaan kali ini...First Run-5km - Bike-45Km - Second Run-5km. Target adalah untuk memperbaiki catatan masa yang lebih baik berbanding Powerman bulan February yang lalu.


Acara duathlon yang kedua untuk tahun ini dan yang ketiga pernah disertai....

Bergambar dulu di tepi tasik sambil menunggu peserta Ironman memulakan acara renang sejauh 1.9km....

Awal pagi di kawasan transition...meletakkan barang-barang keperluan sambil memeriksa condition basikal sebelum acara bermula....

Barang keperluan telah siap sedia....hanya size bag yang tertentu sahaja dibenarkan yang lain diarahkan diletakan di khemah simpanan barang....

Segala persiapan telah diuruskan...meninggalkan kawasan transition dan menuju ke tempat permulaan acara larian...

Bersama Iswardy PKNS....

Menunggu acara renang bermula....

Peserta duathlon berkumpul di garisan permulaan...acara dimulakan pada pukul 7.30 pagi....seramai lebih kurang 250 peserta yang menyertainya...jumlah tidak ramai berbanding category Ironman...

Selesai first run..5km...menuju ke transition area untuk acara bike course pulak....

Tamat larian....complete acara Putrajaya Duathlon.....

Melihat peserta yang baru sampai di garisan penamat....

Puas....walaupun sebenarnya lagi teruk dari Powerman....route untuk bike course memang menguji mental dan tidak semudah yang disangka...climbing panjang yang memenatkan...

Antara koleksi medal terbaik untuk tahun ini.... 

Pada hari sebelumnya, semasa mengambil goodies bag dan meletakkan basikal di kawasan transition area.

Bergambar dengan peserta Ironman Malaysia...saudara Mohd Sabki B.Arifin....


Lokasi mengambil goodies bag di bangunan Perbadanan Putrajaya....
 
Ruang legar di bawah bangunan dipenuhi dengan booth jualan daripada pihak sponsor...pelbagai barang keperluan athlete dijual dengan harga diskaun.... 

Jersey Ironman Malaysia....

Bilik briefing untuk peserta Ironman... 

Pelbagai t-shirt, topi dan bermacam lagi yang berjenama Ironman....

Bersama family.....

 
Di Floria Putrajaya....tapak acara Ironman....


Masuk ke dalam kawasan transition area untuk bike check-in....

Bike check-in....diarahkan oleh petugas supaya mengempis tayar basikal disebabkan cuaca yang panas kerana terdapat tayar basikal yang meletup semasa diletakkan di sini...


2 comments:

  1. tahniah bang. bukan senang nak kayuh dan lari kat putrajaya ni terutama dalam cuaca panas macam sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....memang cuaca sekarang ini panas sangat..baru pukul 10.30 pagi tapi dah macam pukul 12 tengahari...memang terasa perubahan cuaca sekarang nie...

      Delete