Jika setiap tahun semasa bulan Ramadhan akan pasti ada kayuh ke Genting Sempah. Tahun ini tidak terkecuali, namun hanya berduet dengan Iskandar sahaja. Niat di hati ingin menyertai Kayuhan Amal Road To Genting Sempah yang telah dianjurkan oleh Alternatif Cycling Club Gombak (ACCG) dan Alternatif Cycling Club Selangor (ACCS) bagi meringankan beban yang ditanggung oleh saudara Wak Azlee dari Elbee Cycling Club yang telah ditimpa kemalangan motosikal baru-baru ini. Namun setelah sampai di Sekolah Teknik Gombak pada pukul 10.40 malam masih belum kelihatan pengayuh-pengayuh basikal yang berkumpul. Lalu mengambil keputusan untuk terus ke Hospital Orang Asli Batu 12 dan parking kereta disana.
Semasa kayuhan ke Genting Sempah, masih tidak kelihatan pengayuh basikal yang lain. Hanya semasa berbaki 3km sebelum sampai di Last Check Point Genting Sempah, baru kelihatan pengayuh yang sedang berhenti di tepi jalan untuk berihat dan seterusnya terdapat beberapa pengayuh yang memotong. Terdetik di hati mungkin kayuhan dibatakan disebabkan cuaca yang hujan renyai-renyai pada malam ini. Namun semasa kayuhan turun, terserempak dengan kumpulan besar pengayuh bersama masrhal bermotor. Mungkin kayuhan baru bermula...tak ada rezeki untuk menyertainya...
Bersama Iskandar pada kali ini.....
Baru nampak rakan kayuhan di Last Check Point....jika tadi hanya berdua sahaja...
Bergambar dulu sebelum kayuhan turun...tidak turun ke R&R Genting Sempah seperti biasa untuk bergambar di signboard disebabkan kesuntukan masa dan hanya berdua sahaja....
Terserempak dengan rider Aniq....
Jarak kayuhan pergi dan balik hanya 28km jea.....
Mungkin jika ada kesempatan lagi semasa Ramadhan ini....akan repeat semula ke Genting Sempah bersama rakan Prima yang lain.....
No comments:
Post a Comment