Saturday, 10 September 2016

Layan Singletrail KDCF-Denai Harmoni - 10 September 2016

Rasanya dah lama tak layan single trail KDCF ni, kali terakhir masuk pun bulan May yang lalu. Itu pun bukan berkayuh tapi berlari dalam trail jea. Hari ini ramai juga rider-rider yang berkayuh di sini, yang berlari pun ramai jugak.

Single trail teknikal ini memang sesuai untuk mengasah kemahiran berbasikal sebab banyak laluan yang memerlukan skill serta keberanian. Untuk pengemar singletrail teknikal, kayuhan di sini pasti akan memberikan kepuasan selain daripada Bukit Kiara. Hutan disini juga merupakan hutan simpan kekal dan harap-harap akan kekal selamanya untuk generasi akan datang....


Berkumpul untuk bergambar sebelum layan single trail....pondok KDCF dalam pembaikan, tak boleh nak melepak....
 
 
Macam biasa parking kereta di Restaurant Subaidah.... 

Layan single trail...memang layan...trail kering dan tak berlumpur...
 
Pit Stop....lepak dulu....ambil nafas dulu....

 
 Bergambar sakan dulu....


 Denai Tiga Puteri adalah laluan hiking ke puncak Bukit Lanjan....kalau nak layan view highway boleh panjat bukit ini....memang menarik....

Training sebelum ke Bromo.....hati kena keras....

Pit Stop di Denai Harmoni....




Pondok dalam hutan....ini kalau baring boleh terlelap....memang mengasyikan dengan bunyi unggas di dalam hutan....antara hutan di tengah bandar yang masih terpelihara daripada pembangunan....


Habis layan Denai Harmoni....balik ke Subaidah untuk makan tengahari....

You are not ride alone.....

Ending paling best....macam biasa, lepak makan sambil berborak....

No comments:

Post a Comment