Sunday, 11 December 2016

IJN Ride For Your Heart 2016 - 11 December 2016

IJN Ride for Your Heart 2016 mengimbau kembali kenangan semasa berkayuh di Broga Reverse 116 : Share Our Road pada tahun 2012. Acara yang juga bermula di Universiti Nottingham Campus Cawangan Malaysia di Broga,Semenyih. Jika dulu kayuhan berpatah balik setelah sampai di Stesen Petronas Jelebu akibat berlaku tanah runtuh di kawasan Titi Peres, namum kali ini membuat pusingan loop sejauh 115km yang meliputi laluan dari Nottingham University-Pekan Semenyih-Nirvana-Sungai Tekala-Empangan Semenyih-Titi Peres-Pekan Jelebu-Kuala Klawang-Jeram Toi-Lenggeng-Pekan Broga dan seterusnya kembali semula di Notthingham University.

Penyertaan seramai lebih kurang 1500 orang yang terdiri daripada 2 kategori iaitu kayuhan sejauh 115km dan Fun Ride sejauh 28km. Jika dulu semasa tahun 2012 menggunakan mountain bike sahaja dan kali ini menggunakan roadbike pula dan ianya tidak menghampakan.


Broga Reverse 116 : Share Our Road (2012)
Lesen Genting Peres - 27 February 2016


Event road yang terakhir untuk tahun ini...walaupun tak banyak event kayuhan pada tahun ini...banyak tertumpu pada event larian sahaja...

Kayuhan bermula seawal jam 7 pagi...dengan lebih kurang 1000 orang menyertai kayuhan sejauh 115km manakala selebihnya kayuhan Fun Ride sejauh 28km...


Kawasan hadapan University Nottingham Semenyih....starting di tempat yang masa juga semasa Broga Reverse tahun 2012....  

Tetapi peserta kali ini lebih ramai berbanding hanya 600 orang sahaja semasa Broga Reverse....


Menghampiri garisan timing chip di Puncak Titi Peres untuk acara KOM....letih juga climbing dekat area ini, namum lebih letih lagi semasa climbing di Kuala Klawang....


Credit to Duta Foto...
Turun downhill dari puncak Titi Peres menuju ke Pekan Jelebu....kelajuan menjejah 62km/h...


Puncak Bukit Tangga di Kuala Klawang....berjaya juga sampai di sini tanpa non-stop...ternampak signage yang diletakkan di tepi jalan "don't STOP, people are watching" terus tak jadik nak berhenti... memang mental...

Credit to Capt Azmy Hashim....

Geng Enchall di puncak.... geng kuat-kuat nie...



Saing bersama Hamdi di garisan penamat...

Lagi 50m menuju ke penamat....lega rasanya...



Sekalung medal buat kenangan....



Bergambar bersama champ di garisan penamat....


Acara lucky draw bermula...hadiah boleh tahan jugak...tapi macam biasa tak lucky....


Penyampaian hadiah kepada semua pemenang....

List name peserta....terbeliak mata nak cari nama....

Akhirnya jumpa jugak nama....

Bergambar dulu sebelum balik....tak pasti bila lagi berpeluang untuk menjejakkan kaki disini...jika dulu PCC Ride juga menggunakan universiti ini untuk tapak event, namun PCC Ride pada tahun lepas telah berpindah ke Semenyih Eco Venture Resort... 

Hamdi...pertama kali memasuki event roadbike...best katanya...mungkinkah Argon 18 akan dimilikinya...tunggu dan lihat...

No comments:

Post a Comment