Monday, 2 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017.....Audax 300 - 1 January 2017

Pembuka tirai tahun 2017 dimulakan dengan kayuhan Audax sejauh 300km yang bermula di Mydin Bukit Jelutong, Shah Alam. Jika tahun lepas berkayuh sejauh 200km pada awal tahun 2016 dan terlepas peluang berkayuh Audax400 di Bandar Melaka, namum tahun ini berusaha untuk cuba menghabiskan 4 siri circuit Audax pada tahun ini.

Laluan kali ini bermula di Mydin Bukit Jelutong-Kota Damansara-Sungai Buloh-Paya Jaras-Kuang-Rawang-Sungai Choh-Serendah-Tanjung Malim-Felda Gedangsa-Felda Suharto-Sabak Bernam-Tanjung Karang-Bestari Jaya-Puncak Alam-Cahaya SPK dan kembali semula ke Bukit Jelutong.


Bersama Iskandar yang baru balik touring dari Hatyai...Hamdi pun join sekali tapi lewat semasa di starting line...

Berkumpul di Mydin Bukit Jelutong....flag off pada pukul 2 pagi dalam suasana dingin menyambut tahun baru... 

  
Kawasan Kuang sebelum menuju ke Aeon Rawang Anggun...laluan gelap tanpa lampu jalan...

Sampai di Tanjung Malim pada pukul 6.15pagi....baru 100km, ada lagi 200km yang perlu dihabiskan...lepak di Petronas Tanjung Malim untuk solat subuh....

Hamdi lena di kaki lima Petronas....mata dah mula mengantuk akibat tidak tidur sepanjang malam...


Berhenti lepak di tepi jalan dulu...menuju ke Sabak Bernam....

Terjelir lidah akibat kepenatan....layan laluan roller coaster di Felda Gedangsa sebelum tiba di Felda Suharto...

Iskandar baru sampai....sekarang dah pukul 10 pagi....matahari dah mula menyinar...panas sudah mula terasa...

Berhenti di kedai runcit menuju Sabak Bernam....refill air dulu sebab lepas ini laluan hutan tanpa kedai...

Fuuhh...letih betul...

Singgah di masjid dulu...baring sebentar sebelum meneruskan perjalanan... 

Sampai di Mc Donald Sabak Bernam pada pukul 12 tengahari...

Dapatkan cop card audax dulu sebelum makan tengahari... 

Menu makanan tengahari...betul-betul lapar nie...

Carbo loading dulu....selepas ini laluan lagi mencabar....

Lepas makan perut dah mula kenyang...mata dah mula terkebil-kebil...mengantuk...kalau dapat peluang rasanya boleh terlelap sehingga ke petang...



Rider dah mula bergerak meneruskan perjalanan...tinggal 100km lagi yang perlu dihabiskan... 

Berhenti berteduh di Bus Stop menuju Bestari Jaya...hujan lebat... terpaksa berhenti dulu sehingga hujan berhenti...



Banyak masa tebuang sambil menunggu hujan berhenti...sejuk-sejuk ini...dengan keadaan tidak tidur semalaman dengan dugaan yang cukup besar...nak tak nak, lelap mata sebentar sambil menunggu hujan reda... 

Akhirnya sampai jua di garisan penamat pada pukul 7.33pm sebelum hujan lebat turun mencurah-curah...10km terakhir memang azab dengan keadaan yang sudah mula gelap...climbing di Uitm Puncak Alam dan Cahaya SPK memang cukup menguji mental dan fizikal semasa tenaga masih tingga sisa-sisa sahaja....apabila sampai terasa puas walaupun semasa kayuhan terasa menyesal dan insaf...  


Hamdi...puas dengan kayuhan jarak jauh....

Azman...berjaya sampai di garisan penamat dengan bergaya....

Kayuhan paling jauh setakat ini....memang mencabar metal dan fizikal disebabkan tidak tidur sepanjang malam... cabaran paling getir apabila berkayuh dalam keadaan mengantuk....

Mileage kurang 10km....laluan tersasar semasa di Sabak Bernam...tersalah masuk simpang...sampai di main road terpaksa berpatah balik ke Mc Donald Sabak Bernam...

Tahniah kepada semua yang menyertai Audax kali ini...next trip kita jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment