Kayuhan kali ini macam biasa bermula di Kedai Ajiz Bukit Beruntung, bersarapan pagi sebelum memulakan kayuhan. Kayuhan akan diketuai oleh Tuan Sabri selaku orang kuat SCT. Seramai 25 orang menyertai kayuhan pada pagi ini.
Seramai 25 orang menyertai kayuhan pada kali ini....meriah
Sebelum memulakan kayuhan....sarapan dulu buat bekalan tenaga....banyak bukit nak kena daki selepas ini.....
Kayuhan road sejauh 3km sebelum memasuki laluan offroad....
Laluan offroad bermula....
Azrul...kembali menyerlah....
Sudah lama tak beroffroad.....semenjak bulan January....gementar jugak semasa turun downhill....
Accident....Jefri @David....terjunam ke dalam parit akibat keadaan titi kayu yang sudah reput....
Bantuan pantas diberikan....calar dan luka sedikit....
Satu lagi accident semasa mendaki di kawasan kebun sayur Serendah....Syam terbabas ke tebing...
Jatuh-jatuh manja jea....
Regroup kembali dengan rakan-rakan kayuhan sebelum memulakan semula kayuhan...
Kawasan kebun sayur Serendah....terdapat sayur bayam, sawi dan banyak lagi....tapi tak macam Cameron Highland lah....
Cuaca mendung dan sesuai untuk kayuhan...tetapi laluan agak basah disebabkan hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini...
Baguk dan Pak Hassan....dah lama tak berkayuh bersama...
Melalui kawasan kilang batu bata Serendah.....
Menyeberangi anak sungai di belakang kilang batu bata.....
Dulu kecil jea anak sungai ini....sekarang dah lebar....
Melalui kawasan E9 Perodua....kawasan yang sedang rancak dengan pembangunan....banyak kawasan telah diteroka...
Laluan sepatutnya telah hilang.....terpaksa menggunakan laluan road disebabkan laluan off road telah ditutup...
Proses meratakan tanah sedang rancak berjalan....banyak kenderaan berat di kawasan ini...
Lalu di celah lori hantu semasa menyeberangi kawasan ini....tanah lembut dan berselut....
Parking lot kereta Perodua....
Singgah di office Basri dulu untuk membasuh basikal....nasib baik ada water jet, senang sikit nak tembak lumpur yang melekat dekat basikal...
No comments:
Post a Comment