Sunday, 10 September 2017

IJM Allianz Duo Highway Challenge (NPE Highway) - 10 September 2017

Ini merupakan event combo yang kedua selepas Duo Challenge Besraya di Plaza Tol Loke Yew pada bulan July yang lalu. Kali ini di New Pantai Expressway (NPE) pula bermula di tol berhampiran dengan Sunway Piramid Mall. Peserta kali ini mencecah seramai lebih kurang 12 ribu orang dengan 2 kategori yang dipertandingan iaitu 21km dan 10km. Larian bermula seawal jam 5.30 pagi bagi kategori HM manakala kategori 10km dilepaskan pada pukul 6.30 pagi.

Berlari di lebuhraya tanpa sebarang kenderaan yang mengganggu merupakan suatu kepuasan disebabkan bukan mudah untuk berlari disana jika tiada penutupan lebuhraya dilakukan. Sejak kebelakangan ini ramai pemilik konsesi lebuhraya menganjurkan larian di lebuhraya milik mereka sebagai aktiviti kemasyarakatan serta tanggungjawab sosial. Namun larian kali ini di dalam keadaan basah disebabkan hujan yang turun semasa larian.


Event combo yang kedua setelah Besraya....namun kali ini laluan basah disebabkan hujan yang turun di awal pagi...

Di awal pagi semasa sampai di starting line...bermula di hadapan Sunway Pyramid Mall..

Peserta sudah mula berkumpul...jalan mula sesak menuju ke Sunway...nasib baik dapat parking di bangunan HSBC.. 

Macam biasa...solo jea kali ini....ramai kekawan yang hiking di PineTrail Fraser Hill...sedih tak dapat join hiking pagi nie...

Suasana pagi di sekitar Sunway Pyramid...dah lama sangat tak masuk shopping complex nie..


Flag off lewat sedikit pada pukul 5.40 pagi....suasana di awal larian agak baik...

Menuju ke KM15....hujan lebat mulai turun walaupun sebelum itu hujan renyai-renyai sahaja....basah kuyup dan berlari dalam kesejukan pagi...

Selfie dulu sebelum hujan turun....

Menuju ke finishing line....

Sampai juga di finishing line... larian paling worst kali ini disebabkan keadaan perut yang meragam serta memulas dan tak sempat makan untuk mengalas perut sebelum larian kerana terbangun lewat dan semua yang dirancang pada awalnya tak sempat dilakukan...

Peserta yang baru sampai....hujan juga sudah mula berhenti...

Beratur untuk mengambil refreshment...roti dan air disebabkan perut terlalu lapar....



Umar ARB dan Wan Latif....lepak berborak sebelum balik...



Gabungan medal Besraya dan NPE....plat khas diberikan kepada mereka yang mendaftar secara combo...

No comments:

Post a Comment