Wednesday, 18 October 2017

Rawang-Serendah "by pass" Ride - 18 October 2017

Sempena cuti Depavali, kesempatan kali ini diambil untuk berkayuh di Laluan "by pass" Rawang-Serendah yang masih dalam pembinaan. Walaupun kerja-kerja pembinaan sudah hampir siap dan laluan ini dijangkakan akan dibuka tidak lama lagi. Peluang keemasan untuk berkayuh di sini tidak akan dilepaskan begitu sahaja sebelum pembukaan laluan ini secara rasmi. Di sini lah segalanya bermula....jika diimbau kembali penglibatan diri dalam dunia berbasikal, laluan ini merupakan kayuhan kali pertama.

 
Sepuluh tahun yang lalu...laluan baru dibina....rasanya highway ini mengambil masa lebih kurang 13 tahun untuk disiapkan....satu jangka masa yang agak lama disebabkan laluan ini tidak dikenakan tol....jika ber"tol" mungkin dalam masa 3 tahun siap dibina....

  
Proses meratakan tanah masih giat dilakukan walaupun nampak proses pembinaan agak perlahan...

Pemandangan dari puncak bukit.....Rawang Perdana...

 
Badan nampak comel....bergebu lagi...

Proses pembinaan yang mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan. Namun alhamdullilah, penantian pasti ada pengakhirannya. Ini lah hasilnya.....

  
Merasa juga berkayuh di sini....nasib baik tidak ditahan oleh security...

Laluan masuk dari Serendah...dihalang dengan batu besar bagi mengelakkan orang ramai memasuki laluan ini...

Secara kebetulan ramai rakan-rakan kayuhan yang berkayuh di sini pada pagi ini...

Mula berkayuh dan memasuki laluan..

Ceria.... 


Bertemu dengan Yeoh dan Nadzir serta geng-geng SBCC..... 


Teduh kawasan ini...terlindung oleh bukit batu kapur...lepak dan rehat sebelum berkayuh kehujung dan berpatah balik...

Rakan lama Perodua....

Jefri @David....

Azrul pun ada.....

Menuruni laluan dengan kelajuan maximum....




Cabel pencawang yang melintasi laluan ini...

Rumah kongsi.....sayup mata memandang...

Sampai ke penghujung laluan di Templer Park....berpatah balik dan pendakian semula ke puncak...




Antara khazanah alam yang masih terpelihara....Pokok Giam Kanching merupakan tumbuhan yang hanya tumbuh di sini...tiada tempat lain di Malaysia....

Woow...tingginya....

Structure tiang yang paling tinggi adalah setinggi 60m...

Separuh daripada laluan di sini adalah di atas tiang structure....memang tinggi laluan di sini...agak menyeramkan jika memandang ke bawah....

Pemandangan pekan Rawang.....di hujung adalah kilang simen Lafarge....

Mendaki semula ke puncak....

Seterusnya layan downhill sehingga kelajuan mencecah 60km/h....

Jalan Serendah.....menuju ke Sungai Choh....

Jarak tidak jauh...hanya 34km sahaja....

No comments:

Post a Comment