Sunday, 18 November 2018

Shah Alam Half Marathon 2018 - 18 November 2018

Shah Alam Half Marathon pada tahun ini berlangsung lagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Jika tahun lalu berlangsung pada bulan February dan bermandikan hujan di tengah malam semasa berlari namun kali ini cuaca lebih baik tetapi panas. Route masih lagi sama seperti tahun lepas dan dilepaskan tepat jam 12 tengah malam. Berlari di sekitar bandaraya Shah Alam di tengah malam mengurangkan sedikit kesesakan lalu lintas disekitarnya. Jika dulu pernah dimarahi oleh pengguna jalan raya lain akibat kesesakan yang berlaku di mana acara larian dilepaskan pada waktu puncak iaitu jam 8 malam semasa malam minggu.

Peserta kali ini berjumlah lebih kurang 10,000 orang yang terdiri daripada 2 kategori iaitu HM dan 10Km.

Merupakan penyertaan kali ke-2 di Shah Alam Half Marathon.... larian di tengah malam di sekitar Shah Alam....

Solo jea pagi nie.....muka macam barai jea....mata mengantuk...letih pagi tadi tak hilang lagi...

Ramai peserta kali nie.....sesak Dataran Kemerdekaan dengan runner....parking kereta pun penuh di sekitar Shah Alam...


Front runner di garisan paling hadapan....laju-laju runner nie....semua champ podium nie....

Flag off lewat 10 minit atas faktor kesesakan jalan raya disebabkan acara perhimpunan politik di bandaraya Shah Alam....


Warm-up dulu sambil menunggu laluan clear untuk flag off....

Ada jugak gambar time kat finishing line.....muka memang dah barai....mata pun dah menggantuk....

Pewaii Baraii Bonk teruk kali ini....letih sebab berlari di Serendah Eco-Run pada sebelah paginya...

Laluan sekitar bandaraya Shah Alam....laluan masih sama seperti tahun lepas...

Laluan berbukit sekitar Shah Alam....

No comments:

Post a Comment