Saturday, 8 December 2018

Solo Ride BB-Dam KKB-BB - 8 December 2018

Minggu ambil kesempatan untuk berkayuh pula, setelah demam pada minggu lepas sehingga terlepas untuk berlari di UD Cross Country di Batu Arang. Pahit rasanya sehingga ke minggu ini apabila terpaksa DNS walaupun persiapan telah lama dibuat. Apakan daya, kita hanya merancang namun perancangan dariNya lebih sempurna.

Bermula agak lewat iaitu pada pukul 7.40 pagi. Cuaca pagi ini agak cerah, matahari menyinar awal dan panas terasa semasa berkayuh pulang.


Solo jea....cuaca dah mula panas....

Port wajib berhenti untuk berehat sebelum meneruskan kayuhan....

Tunggu keretapi lalu....tapi tak lalu pun....tunggu 10 minit tapi masih tak ada keretapi yang lalu...meneruskan kayuhan menuju ke Dam KKB...

Banyak kenderaan pagi nie...laluan agak sesak menuju ke KKB... 

Sampai di Empangan KKB..... hanya jumpa 2 orang cyclist jea pagi nie....tak ramai pengayuh pagi nie...laluan agak sunyi....


Tak sah kalau tak bergambar di sini....


Alhamdullilah....air empangan penuh....musim hujan sekarang ini membantu meningkatkan paras air di empangan....deruan air di empangan amat mendamaikan serta tenang...

Paras air maksimum....berkat hujan yang turun setiap hari...


Suasana tenang....dan mendamaikan....tiupan angin agak kurang jika dibandingkan sebelum ini...

Cantik....air empangan kebiruan serta langin cerah dan juga kebiruan....

Tak boleh tunggu lama....hari semakin panas....kejap lagi letih nak layan roller coaster jalan Rasa-BB...

On the way balik....nampak ada orang tengah setting kelengkapan untuk melompat dari atas jambatan KKB.... fuuuuhhh....tinggi gile nak lompat dari atas jambatan nie....hanya hati kering jea yang sanggup lompat...

Sayup mata memandang.....seorang tengah bergayut di atas wire rope yang direntangkan....tengah setting tali sebelum lompatan dilakukan...


Bergambar bersama organizer yang terlibat dengan aktiviti nie....diberitahu bahawa semua permit kebenaran dari agensi yang berkaitan telah diperolehi dan lompatan di atas jambatan ini telah mendapat kebenaran.... pemeriksaan juga telah dilakukan ke atas wire rope yang digunakan serta pokok dan juga tali yang digunakan...

Kalau tak silap...bayaran RM200+ dikenakan kepada sesiapa yang berminat untuk terjun....tapi kalau aku, bagi free pun aku tak terjun....

Platform terjunan....fuuuhhhh...ngeri rasanya....

Sampai KKB...singgah kat Petronas KKB....perut rasa lapar lah pulak...

Pekena Nescafe sejuk....memang mantap...

Jadi lah dapat 68km.....dah lama tak berkayuh...

Puncak paling tinggi di Empangan KKB...

Lepas nie....target nak kayuh Fraser Hill pulak...sebab tahun ini masih belum lagi renew lesen Fraser Hill....

1 comment: